Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Apa itu Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.

3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.

4. Komitmen komuniti yang padu.

Objektif Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

1. Mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik.

2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.

3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah 2025, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu:

1. Memantapkan kepimpinan sekolah.

2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

3. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Peranan Rakan Elit TS25

Untuk memahami konsep Program Transformi Sekolah 2025 (TS25) dengan lebih mendalam, sila rujuk kepada Slaid Powerpoint TS25 seperti berikut:

Untuk memuat turun Slaid Powerpoint yang lengkap, sila [klik sini].

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan dan lain-lain.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu