Jika Ibu Bapa Tidak Menghantar Anak-Anak Ke Sekolah, Perlu Kemukakan Surat Rasmi Kepada Pihak Sekolah

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBRS. Tuan Haji Adzman Bin Talib dalam Bicara Profesional KPM berkenaan Isu dan Cabaran Pembukaan Semula Sekolah, sekiranya ibu bapa berasa ragu-ragu dan membuat pilihan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah, mereka perlu mengemukakan surat kepada pihak sekolah bagi memaklumkan keputusan mereka dan sebab murid tidak hadir ke sekolah.

Ibu bapa / penjaga juga dinasihatkan untuk sentiasa memantau kesihatan anak-anak, sekiranya mendapati anak-anak kurang sihat atau bergejala, maka tidak perlu hantar anak ke sekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menghantar sendiri anak-anak ke sekolah.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu