Koleksi teka-teki bertemakan haiwan untuk kanak-kanak, mari teka bersama-sama!
Teka-Teki Bertemakan Haiwan
Burung yang tak boleh terbang, suka sejuk, boleh berenang. [Penguin]
Binatang yang ganas tetapi malas kerana suka tidur jek. [Singa]
Binatang yang ada susu, suci dan terhormat untuk agama Hindu. [Lembu]
Buah yang boleh makan awak. [Buaya]
Hari apa yang banyak binatang dan orang pun takut? [Harimau]
Awak setiasa menderma darah kepadanya. [Nyamuk]
Siang ia mati. [Ikan]
Apa yang tinggal pada kepala manusia? [Kutu]
Banyak kaki, ada gunting. [Ketam]
Salah satu superhero juga guna haiwan ini sebagai petanda. [Kelawar]
Binatang apa yang tulangnya satu? [Sotong]
Binatang apa yang ada keris di kaki? [Ayam]
Jarum seribu di atas badan. [Landak]
Sangat kecil, berwarna coklat agar kemerahan, kalau digigit, sakit rasanya. Api ada di namaku, tekalah siapakah saya. [Semut Api]
Kuda yang berwarna hitam putih. [Kuda Belang]
Si comel yang suka makan carrot. [Arnab]
Dapat dicari pada KFC. [Ayam]
Dimiliki oleh kerbau, kambing, dan rusa. [Tanduk]
Pengakutan yang biasa digunakan di padang pasir. [Unta]
Makhluk apa yang tak dapat bangun apabila terbalik? [Kura-kura]
Gajah takut akan apa? [Tikus]
Pemburu laut yang ada sirip yang mahal. [Ikan Jerung]
Saya boleh menyanyi tetapi tidak bercakap, saya boleh memanjat pokok tetapi tak boleh lari, siapa saya? [Burung]
Ayam apa yang tidak bertelur? [Ayam Jantan]
Pakai baju putih salji, digemari serigala, dijaga oleh anjing setia. [Biri-biri]
Pemanjat pokok yang paling handal di dunia. [Monyet]
Apa yang paling banyak di badan burung? [Bulu]
Semut adalah sangat kecil, mulutnya lagi kecil. Tapi apa yang lebih kecil daripada mulut semut? [Makanan Semut]
Apa yang hitam jadi merah dalam air panas? [Udang]
Beruang yang hitam dipanggil beruang hitam, yang coklat dipanggil beruang coklat, yang putih dipanggil apa? [Beruang Kutub]
Apa yang berkaki lapan tetapi tiada tangan, bermata dua dan perut dipenuhi sarang. [Labah-labah]
Banyak-banyak itik, itik apa yang boleh berjalan dengan dua kaki? [Semua itik]
aya diperbuat daripada telur, panjang lagi boleh gulung sesuka hati, ada kepala, mata dan mulut tetapi tiada kaki dan tangan. [Ular]
Saya sejenis serangga, ada besar, ada kecil, suka terbang ke tempat bercahaya lampu. [Kumbang]
Bertelinga besar dengan hidung panjang, berkaki empat dan pandai beraksi, siapa saya? [Gajah]
Kawan setia manusia dan juga pengawal keselamatan yang bertanggungjawab. [Anjing]
Musuh kepada tikus. [Kucing]
Saya panjang dan berair, suka mencari lubang untuk sembunyi, siapa saya? [Cacing]
Banyak-banyak rumah, rumah siapa yang selalu dibawa bersama? [Siput]
Apa yang berwarna hijau dan boleh melompat jauh lagi bersuara? [Katak]
Gigi saya mampu memotong macam pisau, sayap saya mampu meragut nyawa orang, binatang mitos yang kuat. [Naga]
Saya terbang di keliling bunga dan berbunyi, siapa saya? [Lebah]
Kecil tapi kuat, berkawad tak kira siang atau hujan, makanan manis kegemaran mereka. [Semut]
Burung yang membawa kipas di ekor, dua mata di depan, bermata banyak di belakang. [Burung Merak]
Saya berbogel dan berbulu lebat, bergantung di atas pokok dan pisang kegemaran saya, siapa saya? [Orang Utan]
Saya suka melekat di dinding, tahi saya hitam dan putih, ekor putus untuk melarikan diri, siapa saya? [Cicak]
Apa yang hanya anjing ada tetapi binatang lain tiada? [Anak Anjing]
Kuda apakah yang hanya ada tiga kaki? [Kuda Cacat]
Jika dipecah oleh awak, ia sejenis makanan yang berwarna putih kuning. Jika ia pecah sendiri, dia bernyawa. [Telur Ayam]
Lampu kecil yang berterbang. [Kelip-kelip]
Sita dan Aisyah lahir pada masa yang sama, ibu yang sama, bapa yang sama, tetapi mereka bukan kembar. Sebab mereka adalah…? [Haiwan]
Anak apa bila lahir boleh terus merangkak, kemudiannya boleh terus berenang? [Anak Penyu]
Ikan apa yang ada dua kepala? [Ikan Masin]
Ikan yang mulutnya tajam seperti keris. [Ikan Todak]
Boleh berlari dengan cepat dan suka berlumba. [Kuda]
Sumber: Internet
Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu