Slot Program TV Pendidikan Di Saluran TV OKEY bermula 6 April (Isnin)

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan.

Ini adalah satu usaha tambahan kepada siaran EduwebTV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

Slot tersebut akan mula bersiaran pada hari Isnin, 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey, iaitu salah satu daripada saluran RTM. Sebagai permulaan, ianya akan disiarkan selama dua (2) jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Waktu siaran adalah pada pukul 9:00 hingga 10:00 pagi dan pukul 1:00 hingga 2:00 petang.

Jadual rancangan Program TV Pendidikan adalah seperti berikut:

Sumber: JPN Johor

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu