Panduan Pelaksanaan PLC [Lesson Study] dan Contoh RPH

Professional Learning Community (PLC) merupakan pemangkin profesionalisme guru ke arah peningkatan pembelajaran murid. PLC merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid.

PLC – Lesson Study

Salah satu alat kolaboratif learning teams ialah Lesson Study. Lesson Study boleh dilaksanakan dengan langkah-langkah seperti berikut:

1. Semua guru dalam panitia duduk bersama dan menghasilkan satu rancangan pembelajaran harian (RPH) untuk satu kelas tertentu. Semua guru harus memberi idea yang konstruktif dan berbincang sesama mereka untuk memastikan RPH tersebut adalah sempurna dan efektif.

CONTOH RPH

Klik pautan untuk memuat turun contoh RPH: [CONTOH RPH]

2. Pilih seorang guru dalam panitia tersebut untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru lain sepatutnya masuk kelas tersebut untuk memerhati proses pengajaran dan pembelajaran serta respon murid.

3. Semasa pemerhatian, guru-guru harus mencatat menggunakan borang pemerhatian yang disediakan.

CONTOH BORANG PEMERHATIAN

Klik pautan untuk memuat turun contoh borang: [CONTOH BORANG]

4. Semua guru dalam panitia duduk bersama lagi untuk membincangkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Seorang pakar rujuk (ketua panitia) boleh mempengerusikan perbincangan tersebut. Semua pemerhatian yang dicatat boleh dibentangkan. Selepas perbincangan, RPH tersebut harus dimurnikan.

5. RPH yang dimurnikan boleh dikongsi bersama dengan semua guru dalam panitia tersebut.

Segala perjumpaan untuk menjayakan Lesson Study harus diacatat dalam log perjumpaan sebagai bukti.

CONTOH LOG PERJUMPAAN

Klik pautan untuk memuat turun contoh log perjumpaan: [CONTOH LOG PERJUMPAAN]

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu