Perhatian! Perubahan Waktu Operasi Cawangan Pos Malaysia Mulai 1 Februari 2020!

Waktu Operasi Baharu Cawangan Pos Malaysia Mulai 1 Februari 2020

Mulai 1 Februari 2020?semua cawangan Pos Malaysia akan beroperasi dengan waktu urusniaga baharu dan akan dibuka pada setiap hari Sabtu, kecuali Sabtu ketiga setiap bulan serta cuti umum.

Sumber?myfdc.me

Sebelum ini, Pos Malaysia beroperasi pada setiap hari Sabtu, kecuali Sabtu minggu pertama setiap bulan. Tetapi, waktu operasi cawangan Pos Malaysia akan berubah mulai 1 Februari 2020, di mana cawangan Pos Malaysia akan dibuka pada setiap hari Sabtu, kecuali Sabtu ketiga setiap bulan serta cuti umum.

Waktu Urusniaga Cawangan Pos Malaysia pada Hari Sabtu (Kecuali Sabtu Ketiga)

Waktu urusniaga baharu untuk Pos Malaysia Cawangan Semenanjung Malaysia pada hari Sabtu (kecuali sabtu ketiga) adalah dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 1.00 petang, manakala untuk Pos Malaysia Cawangan Sabah dan Sarawak pula adalah dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari pada setiap hari Sabtu (kecuali Sabtu ketiga).

Berikut merupakan pengumuman yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia:

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu