Permohonan Kemasukan ke Universiti, IPG, Matrikulasi, Politeknik Sesi 2020/2021 Mulai 24 Februari

Perhatian kepada lepasan SPM, STPM dan setaraf, permohonan kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2020/2021 akan dibuka mulai 24 Februari 2020 (Isnin) mulai jam 12.00 tengah hari melalui Sistem UPUOnline.

Klik pautan ini: [ Sistem UPUOnline ]

Sistem UPUOnline akan ditutup pada 31 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi Lepasan SPM dan 07 April 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi Lepasan STPM / Setaraf.?

??Permohonan ditutup:

  • Lepasan SPM: 31 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam
  • Lepasan STPM / Setaraf: 07 April 2020 (Selasa) jam 11.59 malam

Pemohon dikehendaki untuk membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Februari 2020 (Isnin) sebelum mengemukakan permohonan. Pembelian Nombor Unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 30 Mac 2020 (Isnin) bagi Lepasan SPM manakala 06 April 2020 (Isnin) bagi Lepasan STPM / Setaraf.

? Pembelian Nombor Unik ID melalui BSN:

  • Lepasan SPM: Mulai 24 Februari 2020 (Isnin) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam
  • Lepasan STPM / Setaraf: Mulai 24 Februari 2020 (Isnin) sehingga 07 April 2020 (Selasa) jam 11.59 malam
Credit: Siakap Keli

Cara-cara pembelian Pin Nombor Unik ID UPU adalah seperti berikut:

Cara 1# Pembelian secara individu melalui Kaunter BSN.

Cara 2# Pemohon / Ibubapa yang memiliki akaun Giro BSN, pembelian boleh dibuat melalui ATM atau Perbankan Internet (myBSN).

Pembelian pin nombor unik ID UPU mestilah berdasarkan NAMA dan NOMBOR KAD PENGENALAN / MYKAD PEMOHON. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan pin nombor unik ID UPU.

Setelah memperoleh pin nombor unik ID UPU, permohonan boleh dibuat di Sistem UPUOnline.

Tips Permohonan UPUOnline

1# Pastikan kategori anda (SPM / STPM / Matrikulasi / Diploma).

2# Beli no. unik ID BSN bergarga RM15.60 termasuk SST.

3# Buka portal rasmi UPU.

4# Sila semak kecenderungan anda di website UPUTag.

5# Sila semak syarat kelayakan Am/Khas di e-Panduan UPUOnline.

6# Semak syarat e-Panduan dengan teliti.

7# Isi permohonan ONLINE.

8# Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.

9# Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan.

10# Isi sampai habis.

11# Klik “SAH & HANTAR”.

12# Cetak slip permohonan.

13# Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

14# Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had TAPI INGAT JANGAN TUNGGU SEHINGGA SAAT AKHIR.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu