Permohonan Mengikuti NPQEL Ambilan 2 Tahun 2020 Dibuka Mulai 24 Februari

Permohonan mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) bagi calon tambahan Ambilan 2 Tahun 2020 akan dibuka mulai 4.30 petang, 24 Februari hingga 20 Mac 2020.

Permohonan hanya dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan sahaja dan mengikut bidang pengkhususan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 20 Mac 2020.

Keperluan Calon Mengikut Bidang Pengkhususan

Syarat-syarat Permohonan

[Syarat Umum]

1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;

2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;

3. Bebas daripada tindakan tatatertib;

4. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;

5. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

6. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan.

[Syarat Khusus]

1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;

2. Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:

  • Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam
  • Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil

3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B) / jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;

4. Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan

5. Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013).

Senarai Jawatan Pentadbiran

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu