Senarai Semak Penyediaan Fail Kokurikulum untuk Guru Penasihat Kelab, Persatuan dan Permainan

Kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah.

Di peringkat sekolah, aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga iaitu:

1. sukan dan permainan

2. persatuan dan kelab

3. pasukan unit beruniform atau pakaian seragam

Untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan, pengurus harus menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan aktiviti kokurikulum. Seseorang pengurus harus mengetahui tentang tatacara pengrusan organisasi kokurikulum, perlembagaan atau peraturan atau undang-undang terhadap aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, menguasai kemahiran merancang, menyelaras, melaksana dan lain-lain.

Sebagai seorang guru penasihat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum, guru tersebut perlu menyediakan fail penasihat yang lengkap untuk memastikan aktiviti kokurikulum dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lancar sepanjang tahun.

Berikut merupakan senarai semak penyediaan fail kokurikulum:

Senarai Semak Penyediaan Fail Kokurikulum

Berikut merupakan contoh perancangan semester, laporan harian dan laporan aktiviti kokurikulum untuk penyediaan fail kokurikulum. Guru-guru yang berminat bolehlah memuat turun dan seterusnya mengeditnya mengikut keperluan masing-masing.

Contoh Perancangan Semester, Laporan Harian dan Laporan Aktiviti Kokurikulum

 

Berikut merupakan buku panduan pengurusan kokurikulum bagi sekolah rendah dan sekolah menengah:

Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum

 

Semoga maklumat ini dapat membantu para guru dalam menyediakan fail kokurikulum yang lengkap di sekolah.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu