Pentaksiran Baharu Kemasukan Murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Ke Sekolah Khusus

KPM akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus, iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk Tahun 2021.

KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ini melibatkan:

1. Sekolah Berasrama Penuh – Tingkatan Satu & Tingkatan Empat

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama – Tingkatan Satu & Tingkatan Empat

3. Sekolah Menengah Teknik – Tingkatan Empat

4. Kolej Vokasional – Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia

5. Maktab Tentera DiRaja – Tingkatan Empat

Sehubungan dengan itu, permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my dan permohonan ke Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my. Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.

Tarikh bagi permohonan dalam talian, semakan pusat pentaksiran dan pelaksanaan pentaksiran adalah seperti berikut:

Untuk makluman, pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%). Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis. Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada 1 September 2020.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *