Penjajaran Kandungan Kurikulum Semua Mata Pelajaran KSSR Berdasarkan Pindaan Takwim Persekolahan 2020

KPM telah mengumumkan pembukaan semua sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam bermula pada 15 Julai 2020 bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 serta Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 Semester 1. Sesi persekolahan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 pula akan bermula pada 22 Julai 2020.

Sehubungan dengan itu, bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran murid bukan kelas peperiksaan bagi tempoh persekolahan berdasarkan Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang dipinda, KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran KSSR, KSKP dan KSSM. Penjajaran kurikulum ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.

MUAT TURUN: Pemakluman Mengenai Pelaksanaan Kurikulum Selari Pembukaan Semula Sekolah

KPM telah menyediakan dokumen kurikulum yang telah dijajarkan, peruntukan masa minima dan Kit Penjajaran Kurikulum sebagai rujukan kepada semua pihak yang boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan di bawah:

MUAT TURUN: Peruntukan Masa Minima Penjajaran Kurikulum KSSR Bagi Kegunaan Pembukaan Semula Sekolah Tahun 2020

MUAT TURUN: DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM (DPK) KSSR

Untuk Penjajaran Kurikulum KSKP dan KSSM, sila KLIK SINI.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *