Pengorbanan Guru Di Sekolah Pedalaman! Kuatkanlah hati dan Tabah Sehingga Berjaya E-GTukar!

Profesion guru merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di mana juga penempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun di pedalaman. Tugas guru amatlah berat dan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada karenah murid dari pelbagai budaya, karenah ibu bapa, pelbagai tugas di sekolah dan sebagainya. Namun, cabaran guru menjadi lebih tinggi apabila guru-guru ditempatkan di kawasan pedalaman di mana pelabgai pengorbanan yang perlu ditempuhi.

PENGORBANAN SEORANG GURU DI KAWASAN PEDALAMAN

Pengorbanan seorang guru yang bernama Shauki Abu telah berkongsi pengalamannya melalui twitter, di mana dugaan yang dihadapi oleh keluarganya semasa beliau ditempatkan di kawasan terpencil di Sarawak.

# Guru yang bernama Shauki telah menerima berita bahawa anaknya demam panas dan telah dibawa ke hospital. Beliau terpaksa naik perahu untuk keluar ke pekan kerana risaukan anak.

# Cikgu Shauki telah ditemani oleh Guru Besar dan rakan-rakan guru sepanjang perjalanan ke pekan, menaiki perahu dengan air yang deras pada waktu malam.

# Setelah tiba di hulu, dikehendaki untuk menaiki 4wd lagi untuk sampai ke pekan.

# Guru Besar dan rakan-rakan guru dikehendaki untuk bertolak semula ke sekolah sebaik sahaja menemani Cikgu Shauki tiba di pekan.

# Apabila tiba di hospital, rakan-rakan isteri Cikgu Shauki juga berada di sana menemani isteri beliau.

# Keadaan anak Cikgu Shauki di hospital amat membimbangkan. Guru Besar dan rakan-rakan guru yang lain pula tidak dapat masuk ke sekolah disebabkan air sungai yang deras.

# Terpaksa camping di bawah jambatan, sementara menunggu air surut.

# Rakan-rakan guru berjaya melepasi air deras dan tiba di sekolah pada jam 4.30 pagi.

Pengalaman Cikgu Shauki sebagai seorang guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman Sarawak sangat menyentuh hati para netizen.

Tidak dapat dinafikan, pengorbanan yang besar seseorang guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Tinggalkan keluarga dan orang yang tersayang, demi mendidik anak-anak murid di kawasan pedalaman.

Semoga semua guru duka lara boleh berjaya dalam pertukaran sekolah pada tahun ini.

Sumber: Shauki Abu

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu