Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah sesi 2020/2021, permohonan dibuka mulai 21 JANUARI 2020!

Permohonan atas talian bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2020/2021 dibuka bagi lepasan STAM, SPM dan Diploma Qiraat.

Bagi pemohon lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM):

Permohonan atas talian dibuka pada 21 JANUARI 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutup pada 3 FEBRUARI 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

Laman Web: ?Klik sini?

Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat:

Permohonan atas talian dibuka pada 21 JANUARI (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutup pada 9 APRIL 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

Selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara talian sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 APRIL 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

Laman Web: ?Klik sini?

Panduan Permohonan Mengikuti Pengajian Di Institusi Pendidikan Tinggi? Mesir Dan Jordan

Pemohon bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.

KPM tidak melantik mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.

Klik pautan: https://dohe.moe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu