Penafian KPM: Pengendalian Peperiksaan UPSRx Dan PT3x Secara Dalam Talian

KPM telah mengumumkan bahawa peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Walau bagaimanapun, KPM mendapati sebuah portal telah menawarkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Khas (UPSRx) dan Pentaksiran Tingkatan 3 Khas (PT3x) yang akan diadakan secara dalam talian pada bulan September dan Oktober 2020. KPM ingin menegaskan bahawa peperiksaan tersebut bukan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan dan tiada kaitan dengan KPM. KPM memandang serius perkara ini kerana melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Untuk makluman, KPM telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

KPM menasihatkan agar orang ramai, terutama ibu bapa kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 merujuk portal rasmi KPM dan portal Lembaga Peperiksaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai peperiksaan yang dilaksanakan oleh KPM.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *