Pembukaan Semula Sekolah Akan Dinilai Dalam Tempoh Empat Minggu Ini!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membuka semula sekolah selepas menilai situasi semasa dalam tempoh empat minggu ini.

Kredit: Kerjaya

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, KKM akan meneliti semua aspek sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat ditamatkan sepenuhnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa KKM juga sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada aktiviti sukan. Walau bagaimanapun, kelonggaran tersebut hanya tertumpu kepada aktiviti sukan yang tidak dilakukan secara berkumpulan.

Kredit: Odisi

“SOP akan dibuat mengikut garis panduan KKM seperti perlu ada penjarakkan sosial, tiada perhimpunan ramai dan sebagainya,” katanya.

Sumber: sinarharian.com

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu