Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Untuk Murid Kelas Peperiksaan Adalah 24 Jun (Rabu)

Sidang Media Khas YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. (10 Jun 2020)

Setelah mengambil panduan dan nasihat daripada KKM dan MKN, KPM menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, STPM, SVM dan STAM, serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada 24 JUN 2020 (Rabu).

Ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

Warga sekolah juga perlu mematuhi segala panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Bagi murid-murid selain daripada murid kelas peperiksaan, sekolah akan dibuka secara berperingkat. Buat masa ini, pengajaran di rumah diteruskan.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu