Panduan Langkah Demi Langkah Menggunakan Google Classroom

Google Classroom telah menggantikan Frog VLE sejak bulan Julai 2019 secara rasminya. Google Classroom merupakan satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seiring dengan PAK 21.

Berikut merupakan panduan langkah demi langkah menggunakan Google Classroom.

? Daftar Kelas

1. Melayari Google Classroom.

2. Log masuk dengan akaun gmail anda.

3. Klik pada simbol +. Pilih Create Class.

4. Namakan kelas anda. Boleh nyatakan dengan spesifik nama seksyen, bilik jika perlu.

5. Pilih Create dan tunggu sebentar sehingga kelas anda didaftarkan.

? Ubahsuai Kelas

1. Lihat kelas anda.

2. Ubahsuai tema mengikut pilihan yang ada.

3. Pastikan kod kelas ada tertera.

? Daftar Murid

1. Murid layari classroom.google.com.

2. Murid klik pada Join Class.

3. Murid masukkan kod kelas. Guru paparkan kod kelas kepada murid.

4. Guru menyemak nama murid di bahagian tab “People”.

5. Guru juga boleh mendaftarkan murid dengan butang “Add Students” dengna memasukkan alamat email murid.

? Memberi Tugasan

1. Klik pada bahagian “tab” ? ?Classwork”.

2. Pilih “Assignment”.

3. Namakan tugasan, taipkan arahan, masukkan sebarang pautan atau bahan tambahan. Kemudian pilih kepada siapa tugasan ini diberikan. Setkan tempoh masa dan tarikh akhir.

4. Klik “Assign”.

5. Lihat tugasan.

6. Lihat kalendar dan senarai tugasan murid dalam folder Google Drive.

? Memberi Tugasan Dengan Satu Template Seragam

1. Klik pada “tab” ? ?Classwork”.

2. Klik pada “Create” dan pilih “Assignment”.

3. Taipkan nama tugasan, maklumat lanjut.

4. Buka “tab” baru pada pelayar internet anda.

5. Taipkan docs.google.com. Pastikan anda log masuk dengan akaun gmail yang sama.

6. Buat dokumen baru beserta soalan.

7. Kembali kepada “pop up” tugasan itu tadi.

8. Tetapkan untuk “Make a copy for each student”.

9. Klik “Assign”.

? Penandaan

1. Buka tugasan.

2. Lihat senarai “Assign”, “Turned In” dan “Graded”.

3. Pilih seorang murid, klik dan lihat kertas jawapannya.

4. Guru berikan komen dan markah.

5. “Return”.

6. Tatal ke bawah untuk skrip jawapan murid yang lain pula. Berikan markah dan komen jika perlu.

7. Kembali kepada muka asal tugasan, semak bilangan dan kumpulan “Assigned”, “Turned In” dan “Graded”.

? Rekod Murid

1. Klik pada “tab” ? ?People”.

2. Pilih mana-mana murid.

3. Lihat rekod tugasan yang pernah diberikan kepada murid.

4. Gunakan filter untuk memudahkan rekod tugasan murid.

? Bahan Rujukan

1. Klik pada “tab” ? “Classwork”.

2. Klik pada butang “Create”.

3. Pilih “Material”.

4. Berikan tajuk, maklumat dan kemudian klik “Post”.

? Pentaksiran / Pentaksiran Bilik Darjah

1. Klik pada “tab” ? ?Grades”.

2. Tatal ke bawah. Lihat rekod markah murid secara melintang.

? Pengajaran Bersama (Co-Teaching)

1. Klik pada “tab” ? “People”.

2. Pada bahagian “Teachers”, klik pada ikon orang.

3. Masukkan email guru tambahan. Guru tambahan tersebut akan menerima email jemputan.

? Guna Semula Hantaran (Reuse Post)

1. Pada “tab”, “Stream”, cari ikon “Recycle”.

2. Klik dan pilih mana-mana hantaran (post) walaupun daripada kelas berlainan.

3. Klik “Post”.

? Pembelajaran Terbeza

1. Klik pada “Tab”, “Classwork”.

2. Klik pada butang “Create”. Pilih “Assignment”.

3. Taipkan tajuk dan deskripsi tugasan. Pilih murid yang difikirkan akan menerima tugasan ini atas dasar tahap keupayaan pembelajaran terbeza.

4. Klik “Post”.

? Diari Guru

1. Klik pada palang menu (Menu Bar).

2. Klik pada bahagian “Teaching”, “To-Do”.

3. Lihat Bahagian “To-review” (untuk ditanda) dan “Reviewed” (sudah ditanda sepenuhnya).

? Diari Murid

1. Klik pada palang menu (Menu Bar).

2. Klik pada bahagian “Enrolled” dan “To-Do”.

3. Lihat Bahagian “To-Do” dan “Done”.

? Pemilihan Murid (Android & Chromebook Sahaja)

1. Lancarkan aplikasi Google Classroom dalam telefon pintar, tablet atau chromebook anda.

2. Pilih kelas yang berkenaan.

3. Klik bahagian “tab”, “people”.

4. Cari ikon “Students Selector”. Sentuh (tap).

5. Klik butang “Next”.

6. Klik pada butang-butang yang berkaitan.

Sumber: mudahmengajar.blogspot.com

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu