Pengurusan Kokurikulum – Unit Beruniform (Pandu Puteri)

Unit beruniform berfungsi untuk mewujudkan murid yang berdisiplin dan cergas bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah. Unit beruniform yang bersifat menyeluruh aktivitinya mencungkil bakat dan minat murid seperti perkhemahan yang memerlukan mereka menjalankan pelbagai tugasan bermula daripada tindakan asas sehingga kerja berkumpulan.

PERSATUAN PANDU PUTERI

Persatuan Pandu Puteri dapat membantu menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif, sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan ahli. Persatuan Pandu Puteri juga melatih pelajar mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah di samping meningkatkan kesejahteraan diri.

Sejarah Pandu Puteri Malaysia

Pergerakan Pandu Puteri di Malaysia diperkenalkan oleh Cik Gertrude Ballara, seorang guru, pada tahun 1917 dengan menubuhkan Unit Pandu Puteri di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. Penubuhan Pasukan Pandu Puteri pertama di Kuala Lumpur dikelolakan oleh YMCA pada tahun 1917 dan didaftarkan di Calcutta, India. Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras Malaya dan Lady Guillermard dilantik sebagai Yang Dipertua. Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1919, Melaka(1925), Kedah(1932), Johor(1932), Perak(1921) dan Negeri Sembilan(1924). Pada tahun 1957, Persatuan Pandu Puteri Malaysia diterima secara rasmi bergabung dengan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dan menjadi ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia pada tahun 1966.

Cogan Kata Pandu Puteri?
“SELALU SEDIA”

Undang-undang Pandu Puteri

Pertama: Seorang pandu puteri boleh dipercayai.

Kedua: Seorang pandu puteri sentiasa taat dan setia.

Ketiga: Seorang pandu puteri suka menolong orang lain.

Keempat: Seorang pandu puteri sentiasa bersopan santun.

Kelima: Seorang pandu puteri bersahabat dengan semua orang dan bersahabat dengan pandu puteri yang lain.

Keenam: Seorang pandu puteri bersifat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda hidup.

Ketujuh: Seorang pandu puteri sentiasa menurut perintah.

Kelapan: Seorang pandu puteri bersemangat dan bergembria walaupun dalam kesulitan.

Kesembilan: Seorang pandu puteri sentiasa berjimat cermat.

Kesepuluh: Seorang pandu puteri suci fikiran, perwatakan dan perbuatan.

Buku Panduan Pandu Puteri?

Untuk memuat turun, sila [klik sini].

 

Koleksi Buku Panduan untuk Pengurusan Aktiviti Kokurikulum (Unit Beruniform) yang lain boleh download melalui Pautan berikut:

Click Untuk Download :

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu