Pelaksanaan Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB)

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB) adalah satu usaha ke arah membangunkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) profesional yang berketerampilan daripada segi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai profesionalisme bagi kemenjadian murid secara holistik yang memenuhi enam aspirasi murid dalam PPPM 2013 – 2025.

KPM telah merangka satu kaedah pengukuran yang memberi mata kredit untuk setiap aktiviti PPB. Mata kredit dibangunkan bagi tujuan memperaku penyertaan PPP dalam setiap aktiviti PPB, terutamanya yang berbentuk inisiatif kendiri agar hasrat KPM untuk setiap PPP menerajui pembangunan profesionalisme mereka dapat dicapai.

☑️ Objektif: Menggalakkan PPP mencari pelbagai platform yang bersesuaian dengan profesion dan kompetensi diri untuk PPP meningkatkan perkhidmatan. 

☑️ Antara aktiviti yang memberi nilai mata kredit termasuklah:

✔️ Kursus, Seminar, Konferens, Konvensyen, Kolokium, Bengkel, Forum

✔️ Wacana Ilmu, Perkongsian Ilmu, Taklimat

✔️ Bimbingan & Pementoran

✔️ Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

✔️ Peningkatan Akademik

✔️ Pembacaan Buku

✔️ Lawatan Penanda Aras

✔️ Penulisan & Pengkaryaan

✔️ Penyelidikan

✔️ e-Pembelajaran

✔️ Program Sangkutan di Organisasi Luar & Dalam KPM

✔️ Sumbangan Lain Berbentuk Profesional & Bukan Profesional

✔️ Projek Inovasi

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *