20 Manfaat Menggunakan Google Classroom Untuk Guru

Google Classroom telah menggantikan Frog VLE sejak bulan Julai 2019 secara rasminya. Google Classroom merupakan satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seiring dengan PAK 21.

Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan Google Classroom di mana ia mendatangkan banyak manfaat sama ada kepada guru ataupun murid. Antaranya termasuklah:

1# Mudah Buat Kelas

Guru-guru boleh mewujudkan seberapa banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar, nama dan sebagainya.

2# Mudah Menyimpan Senarai Murid

Para guru boleh menyimpan rekod murid dalam Google Classroom, maka bolehlah menyemak profil murid pada bila-bila masa saja.

3# Mudah Buat Tugasan

Guru juga boleh mencipta tugasan dan berikan kepada murid. Dengan tugasan menggunakan Google Docs, guru dapat membina satu templat dengan jawapan murid secara individu.

4# Mudah Buat Pentaksiran

Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disiapkan oleh murid, guru mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan rekod tersusun.

5# Mudah Buat Penilaian

Guru boleh menilai tugasan murid dan memberi markah dengan mudah.

6# Mudah Buat Kolaborasi Guru

Guru-guru boleh berkolaborasi dalam mengajar sesuatu kelas dan begitu juga dalam pindah milik kelas.

7# Mudah Disemak Pentadbir

Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama bagi setiap kelas, maka pentadbir dapat menyelia perjalanan, tugasan dan komunikasi setiap kelas di sekolah.

8# Mudah Memberi Perhatian Khusus

Setiap murid adalah unik. Dengan Google Classroom, guru boleh menghantar mesej secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal ini sangat membantu guru dalam memberikan perhatian khusus kepada murid tertentu. Setiap murid juga ada senarai semua tugasan dan rekod markah.

9# Mudah Memberi Maklumbalas

Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan itu, murid dapat mengetahui perkara yang perlu membuat pembetulan atau diperbaiki.

10# Mudah Buat Pengumuman

Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang pengumuman sama seperti News Feed dalam Facebook.

11# Mudah Menyimpan Bahan

Google Classroom boleh menyusun lebih baik dari segi direktori bahan PdPc di bahagian Materials.

12# Mudah Menyemak Kalendar

Murid boleh menyemak kalendar untuk melihat tarikh tamat tugasan, aktiviti dan membina sendiri perancangan mereka.

13# Mudah Memilih Murid

Guru hanya perlu pergi ke bahagian Selector, guru boleh memilih murid secara rawak bagi tujuan penilaian, pengundian dan sebagainya.

14# Mudah Membuat Pembelajaran Berbeza

Guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid yang berlainan.

15# Mudah Mendapat Notifikasi

Sebarang pengumuman dan tugasan akan masuk dalam bentuk notifikasi di telefon pintar dan email murid. Dengan itu, murid tidak ketinggalan, malah murid juga boleh buka Google Classroom app dan rujuk di bahagian notifikasi.

16# Mudah Mengitar Semual Hantaran

Sebarang hantaran pengumuman atau tugasan boleh diguna semula malah untuk kelas yang berlainan.

17# Mudah Membuat Pop Quiz

Guru boleh membuat kuiz ringkas yang boleh dijawab terus oleh murid.

18# Mudah Dijalinkan Dengan Aplikasi-aplikasi Kuiz Popular

Aplikasi kuiz seperti Kahoot dan Quizizz mudah dijalinkan bersama dengna Google Classroom. Markah akan terus direkodkan bersama profil murid.

19# Mudah Membuat Perbincangan Umum

Guru boleh bertanyakan pendapat dan mendapatkan respon murid.

20# Mudah Diakses Di Mana-mana sahaja

Google Classroom boleh diakses di semua peranti Android dan komputer yang mempunyai pelayar internet. Hanya gunakan gmail sebagai ID.

Sumber: Cikgu Herry

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu