6 Langkah Untuk Merekodkan Pembacaan Buku Dalam e-SPLG?
Untuk makluman, jumlah hari latihan yang ditetapkan oleh KPM adalah sekurang-kurangnya lima (5) hari setahun. Bilangan hari latihan / kursus ini boleh ditambah dengan mengikuti kursus dalam talian melalui EPSA , di mana nilai jam kredit selama 6 jam dikira sebagai 1 hari berkursus, atau pembacaan buku dengan 1 buku dikira sebagai 6 mata kredit (1 hari berkursus).
Kursus atau pembacaan buku yang telah selesai hendaklah direkodkan melalui Modul Individu SPLKPM: Pembelajaran Kendiri: e-Pembelajaran untuk dikira sebagai bilangan hari kursus.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk merekodkan pembacaan buku dalam sistem e-SPLG.
Langkah-Langkah Untuk Merekodkan Pembacaan Buku Dalam e-SPLG
? Langkah 1# Melayari laman web SPLKPM (Klik Sini).
? Langkah 2# Log masuk ke akaun individu.
? Langkah 3# Klik “Pembelajaran Kendiri”, kemudian klik “Pembacaan Buku”.
? Langkah 4# Klik “Tambah Aktiviti”.
? Langkah 5# Masukkan data yang diperlukan dan klik “SIMPAN”.
? Langkah 6# Cetakkan borang sinopsis individu, taipkan maklumat yang diperlukan.
Kemudian hantar kepada SU LADAP untuk pengesahan.
Info Penting :
1 buku = 6 Mata Kredit = 1 hari LADAP
Sumber info & gambar: Facebook Puan Aisyah
Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu