Pengurusan Kokurikulum – Unit Beruniform (Persatuan Bulan Sabit Merah)

Unit beruniform berfungsi untuk mewujudkan murid yang berdisiplin dan cergas bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah. Unit beruniform yang bersifat menyeluruh aktivitinya mencungkil bakat dan minat murid seperti perkhemahan yang memerlukan mereka menjalankan pelbagai tugasan bermula daripada tindakan asas sehingga kerja berkumpulan.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)

Diasaskan oleh Sir Henry? Dunan ( Mei 8, 1828 – Oktober 30, 1910). Beliau merupakan seorang ahli perniagaan. Semasa dalam perjalanannya untuk urusan perniagaan, beliau terlihat peperangan di Solferino pada 1859 dan membantu mangsa-mangsa peperangan. Beliau mencatatkan segala peristiwa peperangan tersebut dan dikenali sebagai Kenangan di Solferino atau ‘A Memory of Solferino’. Buku ini telah menjadi inspirasi pertubuhan ‘International Committee of the Red Cross’ (ICRC) pada tahun 1863 dan Persidangan Geneva 1864 diasaskan atas idea beliau.

Logo Bulan Sabit Merah

Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia

Tujuh Prinsip Asas Bulan Sabit Merah

1. Kemanusiaan (Humanity) : Meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan kehormatan.

2. Kesaksamaan (Impartility): Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat dan politik.

3. Berkecuali (Neurality): Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

4. Kebebasan (Independence): Walaupun tertakluk kepada undang-undang, masih bebas.

5. Khidmat Sukarela (Voluntary Service): Tidak didorong sebarang tujuan mencaru keuntungan.

6. Bersatu (Unity): Hanya satu Persatuan Kebangsaan dalam sebuah negara.

7. Kesejagatan (Universality): Pertubuhan ini meliputi seluruh negara dan mempunyai tanggungjawab dan bersama serta membantu di antara satu sama negara.

Buku Panduan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Untuk memuat turun, sila [klik sini].

Koleksi Buku Panduan untuk Pengurusan Aktiviti Kokurikulum (Unit Beruniform)?yang lain boleh download melalui Pautan berikut:

Click Untuk Download :

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu