Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Di Sekolah Dibenarkan Mulai 1 September 2020!

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, semua aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah dibenarkan mulai 1 September 2020 dengan garis panduan yang ketat.

Pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di sekolah ini termasuklah aktiviti di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) dan Sains Sukan secara terkawal.

Pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah ini perlu mematuhi garis panduan seperti penjarakan fizikal 1 – 3 meter bagi aktiviti statik dan 3 –  5 meter bagi aktiviti dinamik, peralatan sukan perlu dibersihkan dan disanitasi, bilik persalinan juga dihadkan mengikut kapasiti.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga murid bagi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum ini.

 

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *