Kit Professional Learning Community (PLC) boleh dimuat turun di sini!

Selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), penekanan terhadap pembelajaran berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai fasilitator untuk membantu murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan bagi mencapai standard pembelajaran yang digarisi. Guru-guru perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran baharu agar murid-murid berminat terhadap pengajaran guru secara berterusan.

Professional Learning Community (PLC)

Maka satu konsep Komuniti Pembelajaran Profesional atau dikenali sebagai Professional Learning Community (PLC) telah diperkenalkan. PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi.

Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, menggerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan berkualiti di masa hadapan.

Kit Professional Learning Community (PLC)

Dengan ini, Kit Professional Learning Community (PLC) ini dibangunkan untuk membantu guru-guru membudayakan amalan PLC sebagai strategi pembangunan Kompetensi guru ke arah kemenjadian murid. Kit ini sangat penting kepada setiap warga pendidik sebagai rujukan utama untuk melaksanakan PLC. Bahan ini ditulis dalam bentuk yang mudah dan jelas untuk difahami serta berkonsepkan mesra pengguna. Penghasilan Kit PLC juga diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada setiap guru ke arah pemantapan sistem pendidikan kebangsaan. Segala aspirasi yang terkandung dalam kit ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru.

Berikut merupakan beberapa bab yang dimuat turun daripada Kit Professional Learning Community (PLC).

Untuk memuat turun Kit Professional Learning Community (PLC) yang lengkap, sila klik di sini ? Kit Professional Learning Community KPM

2.0 LATAR BELAKANG

3.0 DEFINISI & IDEA UTAMA

4.0 KONSEP

5.0 PROSES PELAKSANAAN

6.0 STRATEGI & ALAT KOLABORATIF

7.0 PLC SEBAGAI PLATFORM DALAM PELAKSANAAN PBD

8.0 PEREKODAN PLC DALAM SPLKPM

Untuk memuat turun Kit Professional Learning Community (PLC) yang lengkap, sila klik di sini ? Kit Professional Learning Community KPM

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu