Keputusan STPM diumumkan pada hari ini! Terengganu Negeri Terbaik STPM 2019!

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) 2019 telah diumumkan pada hari ini, 25 Februari 2020.

Seramai 44,823 calon yang menduduki peperiksaan STPM 2019 di 652 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 44,501 atau 99.28% adalah calon sekolah kerajaan, 167 calon sekolah swasta, 128 calon persendirian dan 27 calon sekolah kerajaan negeri.

Cara-cara Mendapatkan Keputusan STPM

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing, manakala calon persendirian pula akan memperolehnya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan melalui SMS (menaip STPM RESULT dan hantar ke 15888) atau dalam talian dengan melayari portal MPM di alamat http://www.mpm.edu.my.

Terengganu Negeri Terbaik STPM 2019

Menurut Berita Harian Online,Terengganu telah menjadi negeri terbaik di peringkat kebangsaan bagi keputusan STPM 2019, dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.02, di mana menunjukkan peningkatan berbanding dengan pencapaian pada tahun lepas iaitu PNGK 2.99.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu