Keputusan Peperiksaan SPM akan dikeluarkan pada 5 Mac! Calon Boleh semak keputusan melalui SMS!

Keptusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Khamis, 5 Mac 2020.

Cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2019 adalah seperti berikut:

# Semakan Keputusan SPM Dibuat Di Sekolah Masing-Masing

Calon boleh memperoleh keputusan SPM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Sumber: Addin

# Semakan Keputusan SPM Melalui Perkhidmatan mySMS 15888

Semakan keputusan SPM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPM<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 5 Mac 2020 dan akan ditamatkan pada jam 6.00 petang pada 11 Mac 2020.

# Semakan Keputusan SPM Melalui Portal Lembaga Peperiksaan

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat http://sppat.moe.gov.my/semakan/

Seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; 8,320 adalah calon sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); 8,317 adalah calon Sekolah Menegah Agama Negeri; 2,209 adalah Sekolah Menengah Agama Rakyat; manakala 14,203 adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM; dan 26,357 adalah calon Persendirian.

Permohonan Kemasukan ke Universiti, IPG, Matrikulasi, Politeknik Sesi 2020/2021

Bagi calon-calon yang telah memperoleh keputusan SPM, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke universiti, IPG, Matrikulasi, Politeknik sesi 2020/2021 di portal UPUOnline. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah.

Permohonan Kemasukan ke Universiti, IPG, Matrikulasi, Politeknik Sesi 2020/2021 Mulai 24 Februari

Pembelian No. Unik ID di BSN?

Calon-calon boleh membuat pembelian pin no UPUOnline di BSN mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah.

Perhatian kepada Lepasan SPM, STPM dan Setaraf, Jualan Pin Nombor Dibuka Mulai 24 Februari Di BSN!

 

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu