Keputusan Peperiksaan SPM Ulangan Tahun 2020 Akan Dikeluarkan Pada 19 Oktober!

Keputusan peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) tahun 2020 akan dikeluarkan pada Isnin, 19 Oktober 2020.

Calon akan memperoleh keputusan melalui pos atau boleh mendapatkan slip keputusan di JPN tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan. Semakan keputusan SPMU 2020 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan pada jam 10.00 pagi, 19 Oktober 2020 dan akan ditamatkan pada jam 6.00 petang, 26 Oktober 2020. Selain itu, semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portam Lembaga Peperiksaan di http://sppat.moe.gov.my/semakan/.

Pada peperiksaan SPMU tahun 2020, saramai 6,301 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan di 193 pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 1,445 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPMU ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Mathematics.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *