Jom Sertai Kempen Bulan Galakan Membaca Kebangsaan Sepanjang PKP!

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus berusaha bagi memastikan aktiviti pendidikan yang menyeronokkan terus berlangsung sepanjang anda duduk di rumah.

Program “BACA DAN KONGSI” serta “TULIS PUISI TENTANG MEMBACA” berlangsung mulai 16 – 30 April 2020 dan ianya terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah KPM di seluruh Malaysia.

[BACA DAN KONGSI]

Jangka masa klip video Baca&Kongsi yang dihasilkan adalah tidak melebih tiga minit.

Semua klip video yang dihantar mestilah karya asli, tidak pernah disiarkan di mana-mana sumber media

Sila sertakan butiran berikut bersama-sama klip video yang dihasilkan:

  • Nama Murid:
  • Nama Sekolah:
  • Judul Buku:
  • Penulis Buku:
  • Penerbit Buku:

Sijil akan disertakan bagi setiap penyertaan.

[TULIS PUISI TENTANG MEMBACA]

Semua penulisan yang dihantar mestilah karya asli, tidak pernah disiarkan di mana-mana sumber media

Sila sertakan butiran berikut bersama-sama puisi yang ditulis:

  • Nama Murid:
  • Nama Sekolah:
  • Tajuk Puisi:
  • Puisi yang dihasilkan (tulis di sini):

Sijil akan disertakan bagi setiap penyertaan.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu