Kata Kerja KBAT Dalam Kurikulum Membantu Guru Merancang Aktiviti PdP

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 telah menggariskan enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Penguasaan kemahiran berfikir yang mantap memainkan peranan penting dalam melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir yang ditekankan ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana trend perkembangan pendidikan masa kini menuntut kemahiran tersebut. Penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen KBAT yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu Kurikulum, Pentaksiran dan Pedagogi serta empat elemen sokongan iaitu Kokurikulum, Sokongan Komuniti dan Swasta, Sumber dan Bina Upaya. Kesemua elemen ini adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid.

Penerangan Aspek Penting Dalam KBAT

Terdapat tiga aspek penting dalam KBAT seperti berikut:

  • Mengaplikasikan domain pengetahuan, kemahiran dan nilai
  • Membuat penaakulan dan refleksi
  • Menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu

Mengenal Pasti KBAT Dalam Dokumen Kurikulum

KBAT ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi KSSR, serta Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi KBSM. Pernyataan KBAT dalam dokumen kurikulum ditulis secara eksplisit dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) bagi semua mata pelajaran KSSR.

Kata kerja dalam pernyataan standard pada lajur SK dan SP membolehkan guru mengenal pasti aspek yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam PdP mata pelajaran masing-masing. Ia adalah asas kepada pemahaman guru dalam melaksanakan KBAT dalam kurikulum.

Kata Kerja KBAT Dalam Kurikulum

# KBAT dalam Tahap Pemikiran Mengaplikasi?

# KBAT dalam Tahap Pemikiran Menganalisis

# KBAT dalam Tahap Pemikiran Menilai

# KBAT dalam Tahap Pemikiran Mencipta

Kefahaman guru yang jelas tentang pengertian KBAT serta penggunaan kata kerja dalam Tahap Pemikiran yang terdapat dalam dokumen kurikulum membolehkan guru menyediakan kandungan PdP yang bersesuaian dan mengolah kandungan mata pelajaran yang menepati KBAT. Guru perlu berupaya menterjemahkan dokumen kurikulum dengan mengenalpasti penggunaan kata kerja KBAT yang sesuai mengikut mata pelajaran yang diajar serta dapat mengaplikasikannya dalam bentuk aktiviti PdP yang mencabar minda dan merangsang pembelajaran murid.

[DOWNLOAD]

Klik pautan di bawah untuk memuat turun dokumen lengkap Buku Elemen KBAT Dalam Kurikulum:

Elemen KBAT Dalam Kurikulum

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu