Pengurusan Fail Panitia: Senarai Kandungan Fail Panitia yang Lengkap

Setiap mata pelajaran di sekolah mempunyai sistem dokumentasi yang tersendiri. Secara umumnya, terdapat 10 jenis fail utama yang perlu disediakan oleh setiap panitia mata pelajaran.

10 Jenis Fail Panitia

1. FAIL INDUK

2. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)

3. MESYUARAT PANITIA

4. PROGRAM KECEMERLANGAN

5. PEPERIKSAAN

6. PENYELIAAN / PENCERAPAN

7. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID

8. AKTIVITI KOEKADEMIK

9. BANK SOALAN

10. MAKLUMAT GURU

Setiap fail tersebut mempunyai isi kandungan yang berbeza.

Senarai Isi Kandungan Fail Panitia

Berikut merupakan senarai isi kandungan bagi setiap jenis fail panitia:

01. FAIL INDUK

Fail ini lebih kepada pengurusan dan perancangan. Antara kandungan yang perlu ada dalam Fail Induk termasuklah:

a. Surat-surat perhubungan luar / dalaman

b. Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia

c. Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas

d. Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia

e. ABM / Kewangan Panitia

02. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)

Fail Sukatan Pelajaran mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu dalam proses pengajaran, seperti:

a. Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard

b. Huraian Sukatan Pelajaran

c. Rancangan Pelajaran Tahunan

d. Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya

e. Senarai buku teks dan rujukan

f. Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan

03. MESYUARAT PANITIA

Setiap panitia perlu mengadakan sekurang-kurangnya 4 kali mesyuarat setahun. Maka, segala aktiviti dan maklumat mesyuarat panitia perlu disimpan dalam Fail Mesyuarat Paniti.

a. Notis/Memo Panggilan Mesyuarat

b. Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat

c. Kehadiran Mesyuarat

d. Rekod Edaran Minit Mesyuarat

e. Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi

f. Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)

04. PROGRAM KECEMERLANGAN

Setiap panitia perlu membuat program kecemerlangan untuk setahun, maka fail digunakan untuk menyimpan segala yang berkaitan dengan program yang dirancang dan dilaksanakan, seperti:

a. Pelan Strategik

b. Laporan-laporan Program

c. Program Perkembangan Staf

d. Kajian Tindakan (Jika ada)

05. PEPERIKSAAN

a. Jadual Peperiksaan

b. Jadual Penyedia Soalan

c. Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam

d. Analisis Headcount

e. Post-Mortem/ Audit Akademik

06. PENYELIAAN / PENCERAPAN

Segala hal berkenaan dengan pencerapan dan penyeliaan perlu dimasukkan ke dalam fail ini, di mana kekerapan pencerapan adalah bergantung kepada keperluan semasa dan pentadbir.

a. Jadual Penyeliaan

b. Borang Penyeliaan

c. Laporan Kekuatan/Kelemahan

07. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID

Penyemakan buku latihan bertujuan untuk melihat kualiti serta proses pembelajaran yang konsisten.

a. Jadual Semakan

b. Borang Penyemakan

c. Laporan Kekuatan/Kelemahan

08. AKTIVITI KOEKADEMIK

a. Surat Menyurat

b. Aktiviti Tahunan

c. Laporan Aktiviti

09. BANK SOALAN

a. Soalan-soalan Peperiksaan Sekolah

b. Soalan-soalan Setara Daerah/Negeri

c. Soalan-soalan Peperiksaan Awam

10. MAKLUMAT GURU

a. Jadual Waktu Persendirian

b. Maklumat Asas, Akademik dan Ikhtisas Guru

c. Sijil-sijil Penyertaan/Penghargaan Panitia

Borang Senarai Semak Kandungan Fail-Fail Panitia

Klik pautan untuk memuat turun borang senarai semak kandungan fail-fail panitia: [klik sini]

Harap maklumat ini dapat membantu para guru dalam menyediakan fail-fail panitia dengan lebih terurus dan kemas.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu