Buku Panduan Unit Beruniform – Kadet Remaja Sekolah & Tunas Kadet Remaja Sekolah

Unit beruniform berfungsi untuk mewujudkan murid yang berdisiplin dan cergas bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah. Unit beruniform yang bersifat menyeluruh aktivitinya mencungkil bakat dan minat murid seperti perkhemahan yang memerlukan mereka menjalankan pelbagai tugasan bermula daripada tindakan asas sehingga kerja berkumpulan.

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat an objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan TUnas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan TUnas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b.Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

Logo dan Pengertian

1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

Buku Panduan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah

Untuk memuat turun, sila [klik sini].

Koleksi Buku Panduan untuk Pengurusan Aktiviti Kokurikulum (Unit Beruniform) yang lain boleh download melalui pautan berikut:

Klik untuk Download:

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu