Permohonan sebagai Pembantu Pengurusan Murid Gred N19

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan mengadakan urusan pengambilan jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana Gred N19 bagi mengisi kekosongan jawatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan sebagai Pembantu Pengurusan Murid Gred N19

Kementerian: Kementerian Pendidikan Malaysia

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan

Taraf Jawatan: TETAP

Gaji: N19 (Minimum RM1,352.00, Maksimum RM4,003.00)

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Penempatan: SARAWAK

Tarikh Tutup Permohonan: 1 Mac 2020 (Ahad)

Syarat Lantikan Asas

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

d. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

* Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas.

Fungsi Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid Gred N19

# Pengurusan Prasekolah?

1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.

2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.

3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta menjaga keselamatan murid prasekolah.

# Pengurusan Murid di Asrama

1. Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid peringkat sekolah rendah dari semua aspek pengurusan diri di asrama.

2. Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak istimewa/murid peringkat sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar.

3. Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi.

4. Mengawasi keselamatan murid.

5. Menjadi perantara dengan ibubapa murid.

Cara Memohon

Permohonan dibuat secara atas talian(online).

Klik pautan: https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home

Pastikan anda telah mendaftar dan mengisi butiran peribadi serta maklumat yang dikehendaki dengan lengkap. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) hanya akan menerima permohonan jawatan lengkap melalui sistem JOBSMALAYSIA.

Sebarang pertanyaan mengenai jawatan, sila hubungi:

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Urus Setia Cawangan Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
Kuching, Sarawak

No. telefon: 082-537000

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu