Cara Menjawab Soalan Pemahaman KBAT Bahasa Melayu UPSR

Berikut merupakan beberapa contoh soalan KBAT yang biasa akan ditanyakan dalam bahagian pemahaman Bahasa Melayu UPSR, disertakan bersama contoh jawapan.

[Cara Menjawab Soalan KBAT Bahasa Melayu]

1. Mengapakah kamu datang ke sekolah setiap hari?

? Saya datang ke sekolah setiap hari untuk belajar. Belajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya. Selain itu, saya juga dapat berkawan dengan murid lain untuk mengeratkan hubungan.

2. Bagaimanakah kamu meringankan beban ibu di rumah?

? Saya meringankan beban ibu di rumah dengan membantu ibu membuat kerja rumah. Saya membantu beliau menyapu sampah, mencuci kereta dan menjaga adik.

3. Apakah tanggungjawab kamu sebagai seorang murid?

? Sebagai seorang murid, kita patut belajar bersungguh-sungguh dan rajin menyiapkan kerja sekolah. Selain itu, kita juga patut berbudi bahasa, mendengar nasihat dan menghormati warga tua. Kita juga patut menjadi murid yang baik hati dan bertanggungjawab.

4. Bagaimanakah caranya untuk menjaga kebersihan bilik darjah?

??Untuk menjaga kebersihan bilik darjah, kita patut menyapu sampah, menyusun meja, memadamkan papan tulis dan membuang sampah setiap hari. Kita patut bekerjasama menjaga kebersihan supaya bilik darjah kelihatan bersih dan ceria.

5. Bagaimanakah kamu menghargai jasa ibu bapa kamu?

? Kita patut menghargai jasa ibu bapa dengan mendengar nasihat dan menghormati mereka. Selain itu, kita juga patut berbudi bahasa dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.

6. Nyatakan dua cara bagaimana kamu mengurangkan stres.?

? Saya mengurangkan stres dengan membaca buku cerita dan bermain badminton. Saya membaca buku cerita untuk melapangkan fikiran. Selain itu, saya bermain badminton bersama kawan supaya badan cergas dan minda cerdas.

7. Terangkan dua kebaikan membaca.?

? Membaca dapat mengisi masa lapang saya dan menambahkan pengetahuan saya. Dengan membaca, saya tidak akan membuang masa kerana masa itu emas. Selain itu, saya juga tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.

8. Nyatakan dua cara untuk menjaga kesihatan kamu.?

? Kita patut makan makanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan kita supaya badan sihat dan minda cerdas. Selain itu, kita juga patut tidur dan berehat secukupnya untuk menjaga kesihatan kita supaya tidak penat dan sakit.

9. Apakah hobi kamu? Nyatakan kebaikan hobi kamu.?

??Hobi saya membaca. Saya membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan kerana membaca jambatan ilmu. Membaca juga dapat mengisi masa lapang saya supaya masa tidak terbuang kerana masa itu emas.

10. Nyatakan dua cara gaya hidup sihat.?

? Kita patut mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersukan dan makan makanan seimbang yang berkhasiat. Dengan bersukan, kita dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda. Selain itu, jika makan makanan yang berkhasiat, kita akan sentiasa sihat dan kuat.

11. Bagaimanakah caranya untuk menjaga keselamatan jalan raya?

? Kita patut berhati-hati semasa melintas jalan raya dengan jejantas untuk menjaga keselamatan diri. Selain itu, kita juga patut berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

12. Nyatakan tiga cara untuk menjadi murid yang cemerlang.?

? Cara-cara untuk menjadi murid yang cemerlang ialah rajin mengulang kaji pelajaran, membuat jadual belajar dan sentiasa bertanya kepada guru apabila mengalami masalah dalam pelajaran.

Sumber: Learning Tree

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu