Isi-Isi Penting Mengikut Tema | Membantu Dalam Menjawab Bahagian Ulasan, Karangan dan Soalan KBAT BM UPSR

Berikut merupakan isi penting mengikut tema, membantu murid dalam menjawab bahagian penulisan Bahasa Melayu UPSR, termasuklah bahagian ulasan, karangan dan soalan KBAT.

[Isi Penting Mengikut Tema]

TEMA 1: KEKELUARGAAN?

???Cara- cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan?

1# makan bersama-sama keluarga

  • makan sambil berbual mesra
  • hubungan kekeluargaan akan bertambah erat dan mesra

2# melakukan aktiviti riadah bersama-sama keluarga

  • menyihatkan tubuh badan bersama-sama
  • seperti berkelah, bersiar-siar, berjoging dan lain-lain

3# meraikan hari-hari istimewa keluarga

  • berasa gembira kerana dihargai dan disayangi
  • seperti sambutan hari jadi, hari ibu bapa dan sebagainya

4# melancong bersama-sama keluarga

  • menjalinkan hubungan kekeluargaan
  • menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan yang dihadapi

? ?Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa

1# menghormati ibu bapa

  • menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang
  • menjaga ibu bapa apabila dewasa kelak

2# mendengar nasihat dan tunjuk ajar daripada ibu bapa

  • mendidik dan membimbing kita agar menjadi insan yang berguna
  • nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan amat berguna kepada kita

3# belajar bersungguh-sungguh

  • berkorban masa dan tenaga agar kita mendapat pendidikan yang sempurna
  • berasa bangga jika kita berjaya dalam pelajaran

4# menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa

  • rajin menolong ibu bapa semasa memerlukan bantuan
  • memberikan hadiah kepada ibu bapa terutamanya hari ibu bapa sebagai tanda menghargai jasa

TEMA 2: KEMASYARAKATAN

? ?Cara- cara Memupuk Semangat Kejiranan

1# mengadakan aktiviti gotong-royong

  • memupuk semangat kerjasama dalam kalangan jiran tetangga
  • tugasan yang berat akan menjadi ringan

2# bersikap prihatin terhadap jiran tetangga

  • merapatkan hubungan silaturahim sesama jiran kita
  • menghulurkan bantuan kepada jiran kita jika mereka menghadapi kesusahan

3# mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain

  • mewujudkan suasana yang harmoni sesama jiran tetangga
  • semasa musim perayaan, menziarahi jiran yang sakit, kenduri dan lain-lain

4# mengadakan majlis rumah terbuka

  • mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat
  • hidup bersatu-padu dan saling bekerjasama

? ?Cara- cara Memupuk Semangat Perpaduan Kaum

1# menyertai aktiviti gotong-royong

  • hidup bersatu padu dan saling bekerjasama antara penduduk setempat
  • mengukuhkan perpaduan kaum

2# menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga

  • mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang
  • hubungan kekeluargaan dan kejiranan dapat bertambah erat

3# mengadakan majlis rumah terbuka

  • mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat
  • mengenali budaya dan cara hidup kaum lain

4# menyertai sambutan Hari Kebangsaan

  • hidup bersatu-padu dan saling bekerjasama untuk menjayakan program sambutan Hari Kemerdekaan
  • membentuk negara yang harmoni dan aman damai

? ?Cara- cara Memupuk Semangat Cinta Akan Negara

1# menghormati pemimpin dan pejuang negara

  • berkorban untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
  • menghayati sejarah negara dan menghargai jasa pemimpin negara kita

2# menghormati lagu kebangsaan

  • melambangkan kebanggaan dan kedaulatan sesebuah negara
  • berdiri tegak sambil menyanyi dengan penuh semangat sebagai tanda hormat dan taat kepada negara

3# mengamalkan perpaduan kaum

  • hidup bersatu padu untuk memupuk dna mengekalkan semangat perpaduan
  • bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

4# membeli barangan buatan Malaysia

  • meningkatkan ekonomi negara
  • mengurangkan pengaliran wang ke luar negara

TEMA 3: KESELAMATAN?

? ?Cara- cara Menjaga Keselamatan Diri Di Sekolah

1# menjaga keselamatan diri di kantin sekolah

  • dilarang berebut-rebut semasa membeli makanan
  • beratur dengan tertibnya supaya dapat mengelakkan sebarang kecederaan

2# menjaga keselamatan diri di dalam bilik darjah

  • dilarang bergaduh, berlari-lari, bermain dengan benda yang boleh membahayakan diri
  • menghindari sebarang kemalangan dan kecederaan seperti terlanggar meja

3# menjaga keselamatan diri di makmal sains

  • dilarang menggunakan radas dan bahan kimia berbahaya dengan sesuka hati
  • mematuhi arahan guru semasa menjalankan eksperimen

4# menjaga keselamatan diri di kawasan persekitaran sekolah

  • berhati-hati semasa menaiki dan menuruni tangga
  • tidak bermain di kawasan yang sunyi seperti di belakang bangunan

? ?Cara- cara Menjaga Keselamatan Diri Di Jalan Raya

1# mematuhi lampu isyarat

  • mengawal aliran lalu lintas kenderaan
  • kenderaan dikehendaki berhenti apabila lampu isyarat merat menyala

2# mematuhi papan tanda jalan raya

  • memberikan panduan atau maklumat kepada pengguna jalan raya
  • mematuhi had laju yang ditetapkan di lebuh raya

3# menggunakan jejantas yang telah disediakan

  • menggunakan jejantas atau lintasan belang untuk melintas jalan raya
  • menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan

4# memakai tali pinggang keledar atau topi keledar

  • untuk mengurangkan kecederaan atau kematian semasa berlakunya kemalangan
  • untuk menjaga keselamatan diri

? ?Cara- cara Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah

1# dilarang menyentuh suis ketika tangan basah

  • menyebabkan kemalangan maut akibat terkena renjatan elektrik
  • pastikan tangan kering apabila mematikan soket atau suis peralatan elektrik

2# simpan segala peralatan tajam di tempat yang selamat

  • seperti pisau, gunting, paku dan jarum hendaklah disimpan di dalam laci selepas digunakan
  • kanak-kanak berkemungkinan menjadikan alatan tersebut sebagai permainan

3# simpan bahan berbahaya di tempat simpanan khas

  • seperti semburan serangga dan racun rumpai perlu diurus dengan baik
  • kegagalan menguruskan bahan berbahaya dengan baik boleh meragut nyawa

4# mengunci pintu dan tingkap sebelum keluar dari rumah

  • pintu dan tingkap rumah perlulah ditutup dan dikunci dengan baik supaya keselamatan rumah terkawal
  • mengelakkan berlakunya kecurian

TEMA 4: KEWANGAN

?? Faedah Amalan Menabung / Berjimat Cermat

1# wang simpanan dapat digunakan pada waktu kecemasan

  • membantu keluarga apabila menghadapi kesusahan
  • sakit atau mengalami kemalangan, boleh meringankan beban ahli keluarga

2# sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran

  • membantu kita melanjutkan pelajaran ke menara gading
  • menjamin masa depan yang cerah

3# penting untuk kelangsungan hidup pada hari tua nanti

  • mengelakkan berlakunya masalah kewangan
  • kehidupan pada hari tua akan menjadi lebih selesa dan senang

4# mengurangkan sikap boros berbelanja

  • membeli barangan yang diperlukan sahaja
  • berbelanja dengan berhemah kerana wang yang dijimatkan boleh disimpan di dalam tabung

Sumber: Learning Tree

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu