Intipati Penting Dalam Sidang Media KPM (8 Nov 2020)

Intipati penting dalam Sidang Media KPM pada 8 November 2020 yang Diumumkan oleh YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan, Kementerian Pendidikan Malaysia:

1# Semua sekolah ditutup sehingga 17 / 18 Disember 2020. [17 Dis – Negeri Kumpulan A | 18 Dis – Negeri Kumpulan B]

2# Pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (Home Based Learning) diteruskan.

3# Guru perlu berada di stesen tempat bertugas masing-masing.

4# Bagi murid-murid yang tinggal di asrama, ibu bapa perlu mengambil murid untuk pulang ke rumah masing-masing.

5# Semua murid akan mulakan pembelajaran secara bersemuka untuk penggal persekolahan 2021 pada 20 Januari 2021 (Kecuali murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan teruskan Home-based Learning dan kembali ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka mulai 3 Mac 2021).

6 # Tarikh peperiksaan SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021, STPM akan bermula pada 8 Mac 2021.

7# Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Murid ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

8# Pengoperasian Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *