Panduan Bersara Awal untuk Penjawat Awam (Persaraan Pilihan)

Ramai yang berharapkan untuk bersara awal, kerana dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Tetapi kebanyakkan penjawat awam beranggapan bahawa mereka terpaksa mencapai umur opsyen persaraan yang telah ditandatangani supaya boleh mendapat faedah persaraan yang maksimum.

Sebenarnya penjawat awam tidak terikat dengan opsyen tersebut dan boleh memilih untuk bersara lebih awal iaitu seawal usia 40 tahun dengan syarat-syarat tertentu (Seksyen 12 Akta 227/239).

Syarat-syarat untuk Persaraan Pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227/239

  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
  • Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
  • Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)

Bayaran faedah persaraan akan dibuat berdasarkan jadual berikut:

Faedah Persaraan Pilihan

Bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai anggaran bayaran pencen, ganjaran dan GCR bagi Persaraan Pilihan Sendiri, sila [klik sini] untuk pengiraan anggaran.

Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Pilihan

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Info Guru: Prosedur Peletakan Jawatan Untuk Penjawat Awam, Disertakan Format Notis Peletakan Jawatan

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu