Format dan Contoh Minit Mesyuarat Panitia

Minit Mesyuarat adalah laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana minit merupakan sumber rujukan masa hadapan. Format minit disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.

Pengurusan Mesyuarat Panitia

# Mesyuarat setiap panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

# Semua ketua panitia atau setiausaha semua bidang perlulah mematuhi pengurusan sesuatu mesyuarat di mana setiap mesyuarat hendaklah mengandungi : Nama Mesyuarat, Tarikh dan masa mesyuarat, tempat mesyuarat, Nama Pengerusi, dan Agenda Mesyuarat

# Setiap panitia hendaklah membincangkan bilangan dan jenis buku yang diguna, bilangan latihan, tempoh pemeriksaan buku latihan, pemulihan, pengayaan, sasaran setiap mata pelajaran, analisis dan post mortem peperiksaan, dan program peningkatan kecemerlangan.

Contoh Penulisan Minit Mesyuarat untuk Panitia Bahasa Melayu

Secara umumnya, format minit mesyuarat panitia adalah seperti berikut:

1. Senarai kehadiran

2. Perutusan pengerusi

3. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

4. Perkara-perkara berbangkit

5. Perbincangan

6. Hal-hal lain

7. Penutup

Berikut merupakan contoh-contoh minit mesyuarat untuk panitia Bahasa Melayu:

Koleksi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

Semoga maklumat ini dapat membantu para guru dalam penyediaan minit mesyuarat panitia di sekolah.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu