Permohonan E-GTUKAR Akan Dibuka Mulai 17 FEB Hingga 17 MAC??

Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Bagi Tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia

Berita baik buat guru-guru yang ingin membuat permohonan pertukaran sekolah!

Adalah dimaklumkan permohonan pertukaran guru bagi tahun 2020 melalui Modul EG-Tukar akan dibuka Mulai 17 FEB Hingga 17 MAC?

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Permohonan Pertukaran Guru Atas Talian.

Tarikh Permohonan: Mulai 17 FEB Hingga 17 MAC?

Laman Web: https://epgo.moe.gov.my/

Pengemaskinian Maklumat melalui Modul Pengurusan Guru e-Operasi?

Pengemaskinian maklumat diri melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru e-Operasi adalah tanggungjawab pemohon sebelum 16 Februari 2020. Sila ambil perhatian dan sila semak maklumat diri anda.

Melayari Modul Pengurusan Guru e-Operasi untuk mengemaskini maklumat.

Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Pendidikan Negeri atau bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan pertukaran.

Aplikasi Permohonan Pertukaran Guru Secara Online

Permohonan pertukaran guru melalui modul eg-tukar bagi tahun 2020 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu dua kali pada sesi Jun 2020 dan Januari 2021 dengan sekali permohonan sahaja. Jadi, guru-guru yang berminat untuk memohon pertukaran sekolah pada tahun ini janganlah terlepas peluang di mana hanya SEKALI permohonan sahaja diadakan pada tahun ini.

Cara Membuat Permohonan Pertukaran Guru Secara Online

Langkah 1#

Bagi guru-guru yang pernah membuat permohonan pertukaran guru sebelum ini, sila melayari laman web rasmi Modul Pengurusan Guru Pertukaran Guru.

Bagi guru-guru yang pertama kali membuat permohonan pertukaran guru, sila klik sini untuk [Daftar Masuk].

Langkah 2#?

Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem aplikasi permohonan dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP.

Langkah 3#?

Selepas berjaya log masuk ke sistem aplikasi permohonan pertukaran guru, para pengguna bolehlah mulai membuat permohonan pertukaran sekolah dengan memilih Negeri / PPD / Sekolah yang dikehendaki (sekiranya ada kekosongan jawatan di sekolah tersebut), serta maklumat-maklumat lain termasuk alasan permohonan dibuat.

Syarat-syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.

2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.

3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.

4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM.

Senarai Guru yang Tidak Layak untuk Memohon Pertukaran

1. Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC).

2. Mereka yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji.

3. Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.

4. Dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib.

5. Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.

6. Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.

Analisa Pertukaran Guru Sesi Januari 2020

# Sekolah Rendah

# Sekolah Menengah

?Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!?

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu