[Free Download] DSKP Pendidikan Moral Tahun 5 KSSR (Semakan)

KSSR Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global.

Fokus KSSR Pendidikan Moral adalah untuk membentuk insan yang berakhlak mulia. Pembentukan insan yang berakhlak mulia ini dapat direalisasikan dengan menerapkan tiga domain moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dalam kalangan murid.

Domain penaakulan moral membolehkan murid berfikir sebelum bertindak. Emosi moral pula akan memotivasikan murid untuk membuat perlakuan moral. Dengan ini, perlakuan moral seorang
murid akan menjurus ke arah insan yang berakhlak mulia.

Domain moral ini juga akan mendorong murid membuat pertimbangan moral (moral judgement) yang sesuai, tepat dan konsisten. Pertimbangan moral merupakan aspek utama dalam pembentukan moral yang membolehkan murid mengambil sesuatu tindakan berasaskan kepada peraturan atau nilai universal.

Berikut merupakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR (Semakan) untuk Tahun 5. Para guru boleh klik pautan di bawah untuk memuat turun secara percuma.

[DOWNLOAD]

DSKP Pendidikan Moral Tahun 5 KSSR (Semakan)

Untuk mata pelajaran lain, sila [Klik Sini].

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu