[Free Download] DSKP Pendidikan Islam Tahun 5 KSSR (Semakan)

Matlamat KSSR Pendidikan Islam adalah untuk membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh, berakhlak mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.

KSSR Pendidikan Islam berfokuskan aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Berikut adalah maksud kepada setiap satu aspek tersebut mengikut konteks KSSR Pendidikan
Islam.

1. Ilmu

Ilmu bermaksud isi kandungan atau fakta ilmu yang ditentukan di dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP). Contohnya dalam tajuk solat mengandungi fakta tentang hukum solat, syarat wajib, syarat sah, rukun solat dan sebagainya. Isi kandungan atau fakta tersebut disampaikan secara teori kepada murid.

2. Amali

Amali bermaksud melaksanakan secara amali teori-teori yang dipelajari. Contohnya setelah murid diajar secara teori tentang sujud iaitu meletakkan dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua hujung kaki ke lantai, murid diminta melaksanakan sujud secara amali. Amali sangat penting dilaksanakan bagi memastikan kefahaman yang betul tentang sesuatu teori. Guru perlu membetulkan sekiranya mendapati ada kesilapan semasa murid melakukan amali.

3. Amalan

Amalan bermaksud mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian. Contohnya setelah mempelajari tentang teori solat dan melaksanakan solat secara amali murid hendaklah dibimbing agar mengamalkan solat dalam kehidupan harian. Murid perlu sentiasa diingatkan agar mendirikan solat walau apa keadaan sekali pun.

4. Penghayatan

Penghayatan bermaksud menghayati kesan dan pengajaran dari amalan-amalan yang dilaksanakan. Contohnya matlamat pensyariatan solat ialah bagi mencegah daripada melakukan
perkara keji dan mungkar. Murid perlu diingatkan agar sentiasa menjauhi perkara keji dan mungkar kerana mereka telah melaksanakan solat.

5. Pembudayaan

Pembudayaan bermaksud menjadikan amalan-amalan baik yang diamalkan secara individu sebagai amalan yang dilaksanakan secara berjamaah atau beramai-ramai. Contohnya amalan melaksanakan solat dijadikan amalan semua warga sekolah, akhirnya akan wujud budaya solat berjamaah di sekolah.

Berikut merupakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam KSSR (Semakan) untuk Tahun 5. Para guru boleh klik pautan di bawah untuk memuat turun secara percuma.

[DOWNLOAD]

DSKP Pendidikan Islam Tahun 5 KSSR (Semakan)

Untuk mata pelajaran lain, sila [Klik Sini].

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu