Cuti Sekolah Dikekalkan Sebagaimana Takwim Semasa

KPM memahami bahawa ibu bapa bimbang sekiranya mereka tidak dapat membuat persediaan sewajarnya jika pengumuman pembukaan semula sekolah dibuat secara tiba-tiba. Ibu bapa tidak perlu risau. KPM akan sentiasa berbincang dengan KKM untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi pembukaan semula sekolah. KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

Keputusan untuk membuka sesi persekolahan ini hanya akan dibuat apabila benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih. Pada peringkat ini, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Ramai guru dan ibu bapa tertanya-tanya, adakah cuti sekolah akhir tahun akan dipendekkan??

Photo Credit: Cikgu Teh Yong Hui

Jawapannya tidak. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam sidang media pada jam 4 petang 15 April 2020, cuti sekolah akhir tahun tidak akan dipendekkan dan dikekalkan sebagaimana takwim semasa.

Takwim Sekolah Tahun 2020: [Klik Sini]

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu