Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan PBPPP Mengikut Jawatan Dan Skop Tugas PPP

Contoh sasaran keberhasilan ini disediakan untuk membantu Pegawai (PP) dan juga Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merangka penulisan sasaran keberhasilan mengikut bidang tugas dan sasaran yang akan dicapai dalam satu tempoh penilaian semasa.

Contoh penulisan bidang tugas, sasaran keberhasilan dan bilangan sasaran keberhasilan yang disediakan adalah sebagai panduan dan PPP tidak terikat dengan contoh dan jumlah bilangan yang diberikan. PPP boleh merujuk mana-mana contoh keberhasilan dalam mana-mana contoh jawatan sekiranya sesuai. Walau bagaimanapun penulisan sasaran keberhasilan perlu mengikut garis panduan penulisan sasaran keberhasilan.

CONTOH SASARAN KEBERHASILAN

Contoh-contoh sasaran keberhasilan disediakan adalah mengikut jawatan dan skop tugas PPP.

Pengetua / Guru Besar

? Pengurusan:

1. Memastikan semua panitia mencapai perbelanjaan 100% bagi peruntukan yang ditetapkan.

2. Mencapai 0% kakitangan yang hadir lewat ke sekolah.

3. Memastikan sekolah mencapai 0% aduan awam terhadap sekolah.

4. Memastikan semua urusan berkaitan kebajikan murid (biasiswa, SPBT, Takaful dll) dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

? Kurikulum

5. Memastikan 80% murid tahun 6 lulus dalam UPSR 2020.

6. Memastikan 95% murid tahun 6 lulus subjek BM dalam UPSR 2020.

7. Memastikan 90% murid pemulihan khas dapat dipulihkan.

8. Memastikan 100% murid prasekolah boleh membaca dan menulis sukukata terbuka.

? Kokurikulum?

9. Memastikan purata kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum peringkat sekolah mencapai 95%.

10. Memastikan 30 orang ahli badan beruniform dapat mewakili sekolah ke peringkat daerah.

11. Memastikan 5 orang atlet sekolah dapat mewakili sekolah ke peringkat daerah.

12. Memastikan salah satu pasukan pertandingan permainan sekolah mendapat johan dalam pertandingan peringkat daerah.

? Hal Ehwal Murid

13. Memastikan purata kehadiran tahunan murid ke sekolah mencapai 95%.

14. Memastikan sifar peratus kes ponteng sekolah.

15. Memastikan kes salah laku murid dikurangkan daripada 28% kepada 10%.

16. Memastikan kebersihan kantin sekolah mencapai gred A.

? PdP

17. Memastikan 100% murid kelas 2B lulus dalam mata pelajaran matematik pada peperiksaan akhir tahun.

18. Memastikan 100% murid tahun 4S mendapat menimum tahap 4 dalam PBS bagi subjek Sejarah.

PK Pentadbiran

? Pengurusan?

1. Memastikan 3 panitia sekolah dapat menyertai pertandingan inovasi pendidikan ke peringkat negeri.

2. Memastikan semua guru yang dilantik untuk melaksanakan pencerapan PdP menyelesaikan pencerapan.

3. Memastikan semua panitia mata pelajaran melaksanakan mesyuarat panitia 4 kali setahun.

4. Memastikan 2 kursus dalaman kelas abad ke-21 kepada guru sekolah dilaksanakan sebelum Julai 2020.

? Kurikulum

5. Meningkatkan peratus kehadiran penjaga dalam Dialog Prestasi UPSR daripada 40% kepada 60%.

6. Memastikan 95% program kecemerlangan UPSR dilaksanakan mengikut takwim yang telah ditetapkan.

7. Memastikan semua panitia mempunyai perancangan taktikal dan perancangan operasi bagi program dan aktiviti kurikulum sebelum Mac.

? PdP

8. Memastikan 20 daripada 30 orang pelajar 4C dapat membina satu karangan yang lengkap.

9. Memastikan 5 daripada 25 murid 6 Takwa mendapat A dalam mata pelajaran Matematik pada peperiksaan akhir tahun.

10. Memastikan 100% murid tahun 4 Bijak mencapai tahap penguasaan 4 bagi subjek Pendidikan Jasmani pada akhir tahun.

PK Hal Ehwal Murid

? Pengurusan?

1. Memastikan purata peratus kehadiran murid ke sekolah meningkat daripada 90% kepada 93%.

2. Mengurangkan kes salah laku murid daripada 28% kepada 10%.

3. Memastikan latihan kecemasan kebakaran di sekolah dilaksanakan pada bulan Mac 2020.

4. Memastikan 3 sesi gotong-royong membersihkan kawasan sekolah bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dilaksanakan sebelum September.

5. Memastikan semua fail unit HEM diurus dengan sempurna dan lengkap mengikut senarai semak yang ditetapkan.

6. Memastikan 100% maklumat murid yang mendapat biasiswa dilengkapkan sebelum April.

7. Memastikan 30 orang murid dapat mewakili dalam program Kem Jati Diri Insan peringkat PPD.

? PdP

8. Memastikan semua murid Tingkatan 5 Cerdik mendapat markah melebihi 40% dalam mata pelajaran Fizik pada peperiksaan percubaan SPM 2020.

9. Memastikan 100% murid Tahun 5 Amal mendapat gred B dalam mata pelajaran Matematik pada peperiksaan akhir tahun.

10. Memastikan 100% murid Tahun 4 Cekal mendapat markah melebihi 40% dalam mata pelajaran Sains dalam peperiksaan akhir tahun.

PK Kokurikulum

? Pengurusan

1. Memastikan 85% guru PAJSK menghadiri Kursus PAJSK peringkat daerah.

2. Memastikan 100% laporan aktiviti unit kokurikulum disediakan setiap bulan mengikut standard yang ditetapkan.

3. Memastikan semua perjumpaan unit, persatuan, badan beruniform dan sukan permainan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

4. Memastikan 5 murid dapat mewakili sekolah dalam aktiviti perkhemahan ke peringkat daerah.

5. Memastikan 5 atlet dapat mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat daerah.

6. Memastikan empat jaguh daripada tujuh kejohanan sukan peringkat daerah dapat dilahirkan.

7. Memastikan purata tahunan kehadiran murid dalam aktiviti Persatuan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan mencapai 95%.

8. Memastikan 80% murid yang menyertai sukan daerah mendapat sijil kecemerlangan dalam bidang sukan yang disertai.

? PdP

9. Memastikan 25 daripada 30 murid 4 Mulia lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan akhir tahun.

10. Memastikan 100% murid 5 Tawakkal lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan akhir tahun.

PK Tingkatan 6

? Pengurusan Kurikulum

1. Memastikan semua guru yang dilantik untuk melaksanakan pencerapan PdP menyelesaikan pencerapan mengikut takwim yang ditetapkan.

2. Memastikan 3 program pembangunan Tingkatan 6 dilaksanakan dalam 1 semester.

3. Mencapai 100% guru tingkatan 6 menghantar folio PdP pada setiap minggu sepanjang sesi persekolahan.

4. Memastikan kem kecemerlangan STPM dilaksanakan 2 kali setahun.

5. Memastikan 80% ibu bapa hadir di Majlis Temu Murni guru Tingkatan 6.

? Mengurusetiakan Mesyuarat

6. Memastikan semua maklum balas mesyuarat post mortem program tingkatan 6 diterima 5 hari sebelum mesyuarat berikutnya diadakan.

? PdP

7. Memastikan 100% pelajar PraU 2 mendapat B dalam subjek Ekonomi pada akhir semester.

? Kokurikulum?

8. Memastikan 100% pelajar terlibat dalam penyertaan aktiviti kokurikulum tingkatan 6.

9. Memastikan semua persatuan, badan beruniform dan permainan menjalankan 18 kali perjumpaan setahun.

? Pengurusan Hal Ehwal Murid

10. Mencapai 95% purata kehadiran pelajar tingkatan 6 ke sekolah.

Guru Akademik Aliran Perdana

? PdP

1. Memastikan 7 daripada 23 murid 4 Bestari mendapat gred B dalam mata pelajaran Matematik pada peperiksaan akhir tahun.

2. Memastikan 100% murid tingkatan 5 Ar-Razi menghantar kertas kursus ICT yang lengkap pada bulan Julai.

3. Memastikan 4 daripada 11 murid lelaki 1 Aman mendapat Band 4 dalam PBS Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

? SU Disiplin

4. Mencapai pengurangan 10% kes kesalahan berat murid berbanding tahun 2019.

5. Mencapai 95% purata kehadiran tahunan murid tingkatan 1KRK ke sekolah.

? Sukan Kecemerlangan

6. Mencapai tempat ke-3 dalam kejohanan bola tampar lelaki di peringkat MSSD Pengerang.

? Guru Rumah Sukan

7. Memastikan rumah sukan Syahbandar mendapat 10 pingat perak dalam kejohanan Sukan Sekolah.

? JK Kecemerlangan Akademik

8. Mencapai purata prestasi 85% tahap kefahaman murid tentang teknik menjawab soalan peperiksaan SPM yang dilaksanakan oleh semua panitia bagi mata pelajaran SPM melalui maklum balas murid.

? Ketua Panitia

9. Menghasilkan Perancangan Taktikal dan Perancangan Operasi panitia matematik pada bulan Mac.

Guru PPKI

? PdP

1. Memastikan 7 daripada 10 MBK KSSR 5 dapat menulis 3 ayat mudah dengan betul.

2. Memastikan 7 daripada 10 MBK KSSR 1 dapat menulis nombor 1 hingga 100 dengan betul.

3. Memastikan 80% orang MBK KSSR 1 dapat memberus gigi dengan betul.

4. Memastikan 70% MBK Kelas KSSR 5 dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dalam kelas.

5. Mencapai 7 daripada 10 MBK KSSR 2 dapat menggunting kertas dengan betul.

? Hal Ehwal Murid

6. Mencapai 95% MBK Kelas KSSR 1 dapat hadir ke sekolah tepat pada waktu.

7. Memastikan 100% MBK Kelas KSSR 1 dapat beratur dengan sempurna dari kelas ke kantin.

8. Memastikan 100% MBK Kelas KSSR 1 dapat pergi ke tandas tanpa bantuan guru dan PPM.

? Kokurikulum

9. Memastikan 5% MBK dapat membaling bola boling dengan betul.

10. Memastikan 90% MBK hadir dalam aktiviti perjumpaan Persatuan Pengakap.

Guru Prasekolah

? PdP

1. Memastikan 25 kanak-kanak kelas PraDelima mengenal huruf dengan betul.

2. Memastikan 25 kanak-kanak kelas PraDelima dapat memberus gigi dengan betul.

3. Memastikan 70% daripada kanak-kanak Kelas PraDelima melibatkan diri dalam semua aktiviti PdP.

? Hal Ehwal Murid

4. Mencapai pengurangan peratus kanak-kanak PraDelima tidak hadir ke sekolah daripada 22% kepada 15%.

? Kokurikulum?

5. Memastikan 10 daripada 25 kanak-kanak Kelas PraBerlian dapat membaling dan menangkap bola dengan betul.

6. Memastikan 10 daripada 25 kanak-kanak Kelas PraBerlian dapat menyanyikan Lagu Negaraku dengan betul.

Guru Bimbingan dan Kaunseling

? Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

1. Memastikan 100% murid yang gagal mencapai pencapaian akademik diberi khidmat bimbingan kaunseling sama ada secara individu atau berkelompok.

2. Memastikan 98% murid yang mempunyai rekod disiplin mendapat khidmat bimbingan kaunseling sama ada secara individu atau berkelompok.

3. Memastikan 100% murid mendapat pendedahan tentang pendidikan pencegahan dadah.

? Pembangunan Diri Dan Perkembangan Sahsiah Murid

4. Memastikan 40% murid Tahap 2 berupaya membentangkan poster kerjaya melalui pertandingan bagi mencungkil bakat dan kefahaman murid tentang kerjaya di peringkat sekolah.

? Peningkatan Disiplin Diri Murid

5. Memastikan 80% daripada murid yang mengikuti Program Sifar Ponteng dapat mengurangkan 50% jumlah hari pontengnya.

6. Mencapai peningkatan peratus kehadiran tahunan murid daripada 75% kepada 80% melalui program Jom Ke Sekolah.

7. Memastikan 50% murid yang mengikuti Kem Jati Diri Tahun 6 dapat meningkatkan prestasi dalam peperiksaan percubaan UPSR.

? Kerjaya

8. Memastikan 100% murid Tingkatan 5 mendapat pendedahan tentang maklumat kerjaya selepas SPM melalui program-program yang dianjurkan.

? Psikososial dan Kesejahteraan Mental?

9. Memastikan 60% murid yang mengikuti Program Transisi Tahun 1 dapat menyesuaikan diri murid dengan alam persekolahan.

10. Mencapai 90% penyertaan ibu bapa bagi Program Pemuafakatan Ibu Bapa Tahun 6.

[DOWNLOAD]

Selain daripada contoh sasaran keberhasilan untuk jawatan-jawatan di atas, penulisan contoh sasaran bagi jawatan seperti Guru Sekolah Dalam Hospital, Jurulatih Sukan, Nazir Sekolah dan sebagainya boleh didapati dalam dokumen di bawah.

Untuk memuat turun dokumen yang lengkap, sila klik pautan di bawah:

Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan PBPPP

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu