Cara Pengiraan Bilangan Hari Berkursus Dengan Nilai Jam Pembelajaran EPSA!

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, para guru adalah digalakkan untuk membuat pembelajaran kendiri di EPSA, di mana ia adalah fleksible dan boleh sambung pada waktu yang anda terluang.

Para guru boleh memilih pelbagai bidang kursus yang diminati untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang berkenaan di samping mengumpul nilai jam latihan melalui EPSA.

Pengiraan Bilangan Hari Berkursus Dengan Nilai Jam Pembelajaran EPSA

Nilai Jam Pembelajaran adalah untuk kiraan bilangan hari berkursus.

Contoh Kursus Pengurusan Masa
– Nilai Jam Pembelajaran = 18 jam
– Ini bermakna 18 jam / 6 = 3 Hari

Bukan bermakna anda kena duduk depan komputer selama 18 jam.

Ini kerana EPSA adalah sistem e-pembelajaran anda dimana rekod pembelajaran anda disimpan walaupun anda belajar hanya 5 minit sehari.

*Tetapan kiraan bilangan hari berkursus adalah tertakluk kepada agensi Kerajaan. 6 Jam = 1 Hari adalah berdasarkan kiraan JPA.

Jom tingkatkan pengetahuan mengikut keselesaan dengan EPSA!

4 Langkah Mudah Menggunakan EPSA

Langkah 1# Daftar sebagai ahli EPSA melalui www.epsa.gov.my

Langkah 2# Log Masuk

Langkah 3# Klik Menu “Katalog Kursus” untuk carian kursus, pilih tajuk kursus dan klik “Daftar”, klik “Masuk Kursus”.

Langkah 4# Seterusnya, dapatkan sijil kursus setelah tamat kursus.

Jom EPSA mulai hari ini!

Laman Web Rasmi: [Klik Sini]

13 aktiviti yang diberi nilai mata kredit

Mata Kredit Tambahan

Dua mata kredit tambahan diberikan bagi aktiviti PPB dengan inisiatif dan pembiayaan sendiri. Selain itu, PPP yang berperanan sebagai penceramah/ fasilitator/ ketua pasukan dalam sesuatu aktiviti PPB, tambahan dua mata kredit juga turut dicadangkan secara one-off. Aktiviti berulang bagi penceramah/ fasilitator (topik / aktiviti/ perkara yang sama) tidak akan diberikan mata kredit tambahan.

Penetapan Jumlah Mata Kredit Minimum

Mata Kredit PPB minimum dicadangkan sebanyk 30 mata kredit setahun dengan kepelbagaian aktiviti PPB yang telah ditetapkan.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu