Cara Mengikuti Webinar (Web Seminar) di SPLKPM Untuk Menambah Bilangan Jam Berkursus

Mengikuti Webinar (Web Seminar) dalam SPLKPM boleh membantu dalam menambah bilangan jam berkursus untuk para guru.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengikuti Webinar yang disenaraikan dalam SPLKPM.

[Tatacara Mengikuti Webinar SPLKPM]

1# Melayari laman rasmi SPLKPM melalui http://splkpm.moe.gov.my, kemudian klik “Modul Individu” dan login menggunakan ID & Password.

2# Klik Webinar pada menu pembelajaran kendiri untuk lihat senarai sesi webinar.

3# Klik icon “Klik untuk sertai”.

4# Lihat sesi seminar (live).

5# Selepas sesi tamat, klik butang “kemaskini status” untuk direkod kehadiran kursus dalam SPLKPM.

6# Klik butang “Simpan” untuk direkod bilangan jam berkursus.

7# Akhir sekali, sila layari http://bit.ly/maklumbalaswebinarkpm untuk penilaian sesi webinar.

8# SULDP sahkan aktiviti webinar untuk dikira jam berkursus.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu