Sekiranya PKP Tamat Pada 14 April, Sekolah Tidak Akan Dibuka Pada 15 April!

Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua akan berakhir pada 14 April (Selasa)?

Ramai ibu bapa dan guru bimbang pembukaan sekolah pada 15 April (Rabu) akan mendatangkan kesan yang tidak diingini.

Dalam sesi temu bual pihak akhbar SinChew dengan Dato? Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan, beliau telah membuat penjelasan bahawa sekolah tidak akan dibuka pada 15 April.

Beliau mendapat laporan bahawa terdapat sesetengah sekolah yang telah mula membuat persediaan untuk pembukaan sekolah pada 15 April, hal ini telah menyebabkan kerisauan kebanyakan ibu bapa.

Beliau berkata, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua akan berakhir pada 14 April, namun Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan mengumumkan pembukaan sekolah seluruh negara pada keesokan hari (15 April), kerana mempertimbangkan keselamatan pelajar.

Beliau juga berkata, KPM sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk mengumpul cadangan daripada para ibu bapa dan kumpulan pendidikan.? Hal ini adalah disebabkan keselamatan dan kesihatan pelajar adalah lebih penting daripada PdP dan peperiksaan di sekolah.

Terdapat pelbagai cadangan yang disarankan daripada pelbagai pihak, antaranya termasuklah

  • pembukaan sekolah bermula pada awal bulan Jun
  • hanya pelajar SPM dan STPM yang kembali ke sekolah
  • guru perlu kembali ke sekolah supaya boleh menggunakan peralatan dan rangkaian internet sekolah, untuk menyediakan pengajaran secara dalam talian.

(cadangan daripada pelbagai pihak)

Gambar Hiasan (Kredit: Astro Awani)

KPM Belum Membuat Pengumuman Rasmi

Beliau berkata, KPM akan mempertimbangkan segala cadangan.

“Kami juga bertemu dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berbincang dan mendapatkan cadangan daripada mereka.”

Dato? Dr Mah Hang Soon, juga mengatakan bahawa KPM tidak mengeluarkan arahan untuk meminta pihak sekolah bersiap sedia untuk pembukaan sekolah.

Beliau menegaskan bahawa KPM tidak akan mengumumkan pembukaan sekolah secara tergesa-gesa.

Sumber: sinchew.com

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu