Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2020 Untuk Pelajar Universiti Awam

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BBP, KPM) menawarkan program penajaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah ditetapkan di Universiti Awam bagi tahun 2020.

Permohonan biasiswa bagi Program ISMP ini akan dibuka secara dalam talian (online) melalui sistem ePenawaran https://epenawaran.moe.gov.my/ mulai 6 Mac 2020 (Jumaat) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa).?

Sistem ePenawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/

Tarikh Buka: 6 Mac 2020 (Jumaat)

Tarikh Tutup: 31 Mac 2020 (Selasa)

Antara bidang-bidang pendidikan yang layak memohon termasuklah:

  • Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
  • Bahasa Cina
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Dini
  • Tahfiz
  • Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  • Automotif
  • Rekabentuk Teknologi

Permohonan ini adalah terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan (Pelajar Universiti Awam).

Maklumat lanjut, sila melayari https://epenawaran.moe.gov.my/

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu