Cara Membuat Aduan Mengenai Harga Topeng Muka Yang Melampau
Dalam musim Novel Coronavirus dan influenza ini, semua orang dinasihatkan agar membuat pencegahan bagi melindungi diri daripada dijangkiti.
Langkah-langkah Pencegahan
Menurut saranan daripada WHO, pencegahan yang harus dibuat adalah seperti berikut:
1. Kerap mencuci tangan.
2. Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
3. Masak daging dan telur dengan sempurna.
4. Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.
Maka, ramai yang membeli dan menyimpan stok topeng muka dan hand sanitizer sebagai langkah persediaan untuk pencegahan penyakit. Dengan ini, terdapat segelintir peniaga yang telah mengambil kesempatan dengan menaik harga demi mengaut lebih keuntungan.
TAHUKAH ANDA, topeng muka ini juga merupakan salah satu barang terkawal.
Harga Topeng Muka yang Ditetapkan
Harga maksimum borong dan runcit bagi LIMA jenis topeng muka adalah seperti berikut:
1. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 1 Lapisan (Gelung Telinga)
Borong: RM5.00 Sekotak
Runcit: RM7.00 Sekotak
2. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 2 Lapisan (Gelung Telinga)
Borong: RM8.00 Sekotak
Runcit: RM10.00 Sekotak / RM0.20 Seunit
3. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 3 Lapisan (Gelunga Telinga / Gelung Kepala)
Borong: RM25.00 Sekotak
Runcit: RM0.80 Seunit
4. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 3 Lapisan (Ikatan Pada Kepala)
Borong: RM30.00 Sekotak
Runcit: RM0.80 Seunit
5. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan N95
Borong: RM100.00 Sekotak
Runcit: RM6.00 Seunit
Cara Membuat Aduan Mengenai Harga Topeng Muka yang Melampau
Sekiranya para pengguna mendapati mana-mana pihak yang menjual topeng muka melebihi harga kawalan yang ditetapkan seperti di atas, maka anda bolehlah membuat laporan melalui saluran aduan seperti berikut:
Portal Rasmi: https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Call Centre: 1800-886-800
Telefon: 03-88826088
Whatsapp: 019-2794317
Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu