20 Cadangan Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam PdPc

Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.?Dengan wujudnya kelas abad ke-21, murid-murid akan dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang, di mana para murid lebih bersedia ke alam pekerjaan kelak.

Maka, para guru dikehendaki untuk menerapkan dan mengamalkan kaedah serta aktiviti yang berkaitan dengan PAK-21 dalam PdPc masing-masing. Berikut merupakan 20 cadangan aktiviti pembelajaran PAK-21 yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru dalam PdPc. Harap membantu.

20 Cadangan Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam PdPc

1. Gallery Walk?

  • Murid secara berkumpulan diberikan tugasan dan menyiapkannya dalam bentuk kertas sebak dan sebagainya.
  • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
  • Murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen tentang hasil kerja kumpulan yang lain pada ‘sticker note’ dan menampal pada hasil kerja tersebut.

2. Hot Seat

  • Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian secara individu atau berkumpulan.
  • Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi ‘pakar’ atau ‘watak’.
  • ‘Pakar’ atau ‘watak’ ini akan menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh murid lain.

3. Role Play?

  • Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang sesuatu peranan atau watak.
  • Murid diberikan masa untuk membuat persediaan.
  • Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan atau watak yang telah diberikan.

4. Peta i-Think

  • Murid menggunakan peta i-Think sebagai alat untuk menjana idea.
  • Murid juga menggunakannya untuk membuat sesuatu persembahan hasil kerja dalam bentuk grafik.

5. Match-Mine

  • Empat orang murid dalam satu pasukan.
  • Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut.
  • Setiap pasangan diberikan kad untuk memisahkan mereka.
  • Murid 1 mengarahkan Murid 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Murid 1 (Murid 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Murid 1).
  • Apa yang ditulis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya daripada arahan atau mesej yang disampaikan oleh Murid 1.
  • Murid 1 melihat hasil yang dibuat oleh Murid 2 dan mereka saling kukuh mengukuhkan hasil tersebut.
  • Kemudian, kedua-duanya bertukar peranan.

6. Rally Robin

  • Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberikan respons tentang sesuatu perkara secara lisan.

7. Round Robin

  • Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.

8. Rally Table

  • Secara berpasangan, murid bergilir-gilir memberikan respons atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen atau pensil yang sama.

9. Round Table

  • Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat.

10. Spin-N-Think

  • Kadbod yang mempunyai anak panah dan boleh dipusing adalah digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji.

11. Talking Chips

  • Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberikan pendapat.
  • Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberikan peluang untuk bercakap.

12. Mix-N-Match

  • Murid bergaul dan bergerak mencari bahan atau perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.

13. Trade-A-Problem

  • Pasukan membina masalah atau soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk mencari penyelesaian atau jawapannya.

14. Team Stand-N-Share

  • Ahli pasukan berdiri.
  • Guru atau rakan memberikan soalan.
  • Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan atau pendapat dengan pasukan lain.

15. Line Ups

  • Dalam pasukan berempat, murid membuat barisan.
  • Pasukan diminta memberikan jawapan kepada masalah yang diberi.
  • Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah jika tidak bersetuju.

16. Windows Pane

  • Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep atau perkara pada carta atau papan putih.
  • Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung lukisan untuk menerangkan lagi konsep atau perkara tersebut.

17. Showdown

  • Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan atau penyelesaian kepada masalah.
  • Pada masa yang ditetapkan, semua murid menunjukkan jawapan secara serentak.
  • Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan.

18. Lyrical Lessons

  • Pasukan menulis lirik atau menyanyikan lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak.

19. Timed Pair Share

  • Secara berpasangan, Murid 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dengan Murid 2 dalam masa yang telah ditetapkan.

20. Stir-The-Class

  • Pasukan duduk dalam bulatan.
  • Membincangkan jawapan untuk menyelesaikan masalah.
  • Apabila sudah mendapat satu penyelesaian, murid berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan.
  • Bila loceng dibunyikan, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada para guru dan murid-murid.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu