10 Aplikasi Interaktif Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Dalam PdPc PAK-21

Penggunaan aplikasi interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah membolehkan sesuatu sesi PdPc menjadi lebih menarik dan meningkatkan penglibatan murid.

Berikut merupakan senarai aplikasi interaktif yang boleh digunakan oleh para guru dalam PdPc PAK-21.

1# Kahoot!

Kahoot merupakan satu aplikasi online yang membolehkan guru membina kuiz interaktif yang terdiri daripada soalan pelbagai pilihan. Guru boleh tambah pelbagai media seperti imej, gambar rajah dan video ke dalam soalan-soalan yang dibina. Selepas membina kuiz, kuiz tersebut boleh dimain secara serentak dalam kelas.

2# Padlet

Padlet merupakan satu platform untuk murid belajar secara kolaboratif. Dalam Padlet, guru boleh memberikan murid satu topik dan murid boleh mengaksesnya dan meletakkan nota, gambar, audio dan video yang berkaitan di bawah topik tersebut. Aplikasi ini mendorong pembelajaran bersama dalam kalangan murid.

3# Plickers

Plickers merupakan satu aplikasi yang mudah dan senang digunakan. Guru yang mempunyai akses internet boleh membina soalan dan soalan akan dipaparkan kepada murid. Murid akan menunjukkan jawapan mereka menggunakan kad Plickers. Setiap kad adalah unik untuk setiap murid. Kad mereka akan diimbas menggunakan telefon pintar dan data akan dimuatnaik kepada soalan. Jawapan murid dan analisis boleh didapatkan secara real time.

4# Quizizz

Quizizz merupakan satu aplikasi untuk membina kuiz interaktif. Kuiz yang dibina boleh dijadikan kerja rumah untuk murid. Analisis jawapan murid juga boleh diperoleh secara mudah dalam aplikasi ini.

5# Tarsia

Tarsia merupakan satu aplikasi untuk membuat jigsaw puzzle. Guru hanya perlu menaipkan soalan dan jawapan dalamnya dan puzzle tersebut akan dijana secara automatik. Aplikasi ini senang digunakan dan murid akan berasa seronok menyelesaikan puzzle.

6# Google Classroom

Biasanya digunakan oleh sekolah untuk tujuan pengedaran dan penggredan tugasan murid. Aplikasi ini digunakan oleh guru untuk menyimpan bahan kelas dalam pemacu G, memberi tugasan, perbincangan dan sebagainya.

7# Zappar

Zappar adalah salah satu bentuk augmented reality. Pengisian interaktif boleh ditentukan untuk sesuatu gambar ataupun tempat, kemudian sesiapa sahaja yang mengimbas gambar atau tempat itu dengan aplikasi Zappar akan dapat melihat pengisian interaktif tersebut.

8# Class Dojo

Aplikasi ini membolehkan guru memberikan maklum balas positif mengenai murid dengan memberikan komen. Ia juga membantu menghantar mesej peribadi dan umum kepada ibu bapa mengenai kemajuan anak-anak dan ibu bapa daapt melihat maklum balas anak mereka.

9# Dropbox?

Aplikasi ini membolehkan guru memuat naik gambar persembahan, video dan tugasan. Murid mempunyai akses kepada bahan-bahan semasa berada di dalam bilik darjah atau di rumah mereka.

10# ZipGrade

Guru boleh menggunakan ZipGrade yang berkonsepkan OMR untuk menanda kertas soalan objektif. Imbas kertas jawapan murid dan bilangan jawapan betul serta markah akan terpapar.

Semoga perkongsian ini boleh memanfaatkan guru dan memudahkan kerja guru sementara meningkatkan KBAT murid dalam PdPc PAK-21.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu