Tarikh Pembukaan Sekolah Dijangka Akan Diumumkan Esok

Tarikh pembukaan semula sesi persekolahan yang melibatkan 398,446 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dijangka diketahui esok.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya berkata keputusan itu akan diketahui melalui mesyuarat antara Kementerian Pendidikan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipengerusikan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jizin. petang ini.

Menurut beliau, pembukaan semula sekolah pada fasa pertama hanya akan melibatkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam sahaja, bilangan pelajar dalam setiap kelas maksimum 18 orang. Dengan ini, bilangan kelas akan bertambah, dan semua guru dikehendaki untuk kembali ke sekolah untuk membantu.

Sumber: BERNAMA

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!